Peluang Amri Yahya Kotakan ‘Ikrar’ Yang Dibuatnya Pada November 2019

Amri Yahya Sabah FC ikrar Selangor FC 2021

“Namun ingin saya ingatkan, team yang saya main lepas ni, bila lawan Selangor, Selangor takkan menang,” ikrar Amri Yahya sejurus meninggalkan Selangor.

Itu kenyataan yang diungkap bekas penyerang skuad kebangsaan yang juga lagenda Selangor, Amri Yahya kepada Astro Arena selepas dikatakan terpaksa meninggalkan Selangor disebabkan B. Satiananthan pada penghujung musim 2019.

Menurutnya, Satia adalah punca beliau memilih untuk mengangkat kaki meninggalkan pasukan kesayangannya itu buat kali kedua dalam kariernya dan ia adalah kekecewaan terbesar sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam dunia bola sepak.

Satiananthan punca Amri Yahya angkat kaki?

Selepas meninggalkan Selangor untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2014, Amri Yahya kembali ke Shah Alam selepas hampir tiga tahun. Pada pertengahan musim 2017, ‘budak emas’ Selangor itu membuat ‘comeback’.

Seminggu selepas kembali beliau membuat debut semulanya bersama The Red Giants. Namun, mereka tumbang 0-2 kepada musuh ketat, Pahang di laman sendiri.

Begitupun, ia bukan musim gemilang buat Selangor apabila menutup tirai Liga Super hanya di kedudukan ke-6 dan sempat melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

Beliau kembali di zaman P. Maniam dan meninggalkan pasukan ketika di bawah kendalian Satia. Kenyataannya yang mengatakan Satia punca kenapa beliau angkat kaki telah dibalas Satia dengan mengatakan ia keputusan Amri Yahya sendiri.

Kempunan berentap di Piala FA 2020

Kontrak Amri Yahyah masih berbaki setahun, tetapi pemain itu dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah bersetuju untuk meleraikan ikatan itu lebih awal.

Dan Satia yang merupakan pengendali pasukan ketika itu telah menjelaskan beliau menghormati Amri Yahya sebagai seorang pemain. Dan jika pemain itu mahu kekal, beliau tiada masalah untuk terima dan mungkin akan berkhidmat di Selangor 2.

Musim lalu, penyerang berusia 40 tahun itu berpeluang berentap menentang bekas pasukannya itu selepas ikrarnya ketika meninggalkan bumi Selangor. Sarawak United dijadualkan bertemu dengan Selangor di pusingan kedua Piala FA 2020.

Namun, akibat pandemik COVID-19, Piala FA yang tertangguh akhirnya dibatalkan saingannya. Amri Yahya akhirnya kempunan untuk membenam Selangor.

Amri Yahya kini bersama The Rhinos

Beberapa hari lalu, Sabah FC mengumumkan penyertaan Amri Yahya bersama mereka untuk saingan Liga Super 2021. Ia kemunculan semula Amri Yahya selepas kali terakhir beraksi di pentas Liga Super pada Julai 2019 – selama 19 minit.

Ini menandakan yang Amri Yahya kembali berpeluang untuk berentap dengan bekas pasukannya itu dalam saingan liga, adakah beliau masih ingat akan ikrar itu?

Mustahil lupa. Ini kerana beliau sendiri menyatakan yang tindakan itu sangat sukar buat dirinya sepanjang kariernya dan ia juga adalah kekecewaan terbesarnya.

Adakah Selangor sudah bersedia untuk berdepan ‘amarah’ bekas pemain yang juga merupakan ‘budak emas’ mereka? Bersedia atau tidak, Amri Yahya sudah tiba. Begitupun, kedua-duanya perlu menanti sehingga Mei untuk bertentang mata.

KREDIT FEATURED IMAGE: SABAH FA

Baca lagi artikel lain mengenai Amri Yahya dan Selangor FC:

‘Amri Sendiri Yang Nak Pergi’ – Sathianathan

Datuk Hamidin: “Safawi Ini Merupakan Jelmaan Amri Yahyah”

Amri Yahyah Tinggalkan Selangor, Pemain Terbaik Gergasi Merah Selepas Mokhtar Dahari

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN