Bekas pengendali Man. City, Manuel Pellegrini tidak berpuas hati dengan cara Man. City menang ke atas pasukannya – West Ham dalam aksi di Etihad.
Manchester City menang tipis 1-0 hasil daripada penalti oleh Sergio Kun Aguero. Bernardo Silva memenangi penalti itu selepas pengadil merasakan pemain itu dijatuhkan oleh Felipe Anderson.
Pellegrini menuduh Bernardo Silva sengaja melayangkan badannya untuk mendapatkan penalti yang disifatkan Pellegrini sebagai terlalu lembut.
Pellegrini berpendapat, insiden itu tidak sepatutnya diberikan penalti. Beliau berkata: “Saya tak gembira dengan keputusan ini, kerana ianya bukan penalti.”
Pellegrini merujuk kepada gol penalti itu yang akhirnya menjadi gol kemenangan City.
“Bernardo Silva melayangkan dirinya ke bawah apabila beliau merasakan ada sentuhan. Lanzini pun ada disentuh sebegitu namun beliau tidak menjatuhkan dirinya. Oleh sebab itu pengadil tidak meniup wisel.”
Manuel Pellegrini fumes over dubious penalty call as Man City earn crucial win | @DiscoMirror https://t.co/KnlFE3ug2V pic.twitter.com/y7F4qalcRa
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 27, 2019
Kontroversi itu membuatkan beberapa pemain West Ham tidak berpuas hati dengan tindakan Bernardo Silva. Pellegrini menganggap penalti itu sebagai terlalu mudah dan pengadil terlalu bermurah hati memberikannya.
Pellegrini menambah: “Jika kita kalah perlawanan ini kerana gol daripada aksi lain kita terima, namun bukannya kalah kerana penalti seperti itu.”
Beliau merasakan pasukannya beraksi sangat baik dalam perlawanan ini terutama sekali ketika bertahan.
Pellegrini menyatakan: “Aksi meyelamat pertama Fabianski hadir hanyalah pada minit ke-61, Selepas itu barulah mereka mencipta beberapat peluang. Jika kamu kalah perlawanan ini dengan beberapa opsyen seperti itu, kamu terimanya.”
Pellegrini kembali ke Etihad buat pertama kali selepas meninggalkan City pada 2016. Pellegrini kemudian menuduh Manchester City banyak melengahkan perlawanan untuk memastikan mereka menang 1-0.
“Bukan senang nak hentikan City, juga tidak mudah mahu menyaksikan Manchester City cuba melengahkan perlawanan dalam 4 minit terakhir untuk menang 1-0.”
Pellegrini bagaimanapun gembira dengan sambutan yang diberikan kepada beliau ketika melangkah ke Etihad.
Pellegrini:
“I am very happy with how the City fans received me. I’m very pleased with what they said.
I’m not happy with the result because it was not a penalty. Bernardo Silva threw himself down when he felt a touch.” pic.twitter.com/q3sfipg0Ld
— City Chief (@City_Chief) February 27, 2019
Manchester City meneruskan pemburuan kejuaraan EPL mereka – dengan beza 1 mata sahaja daripada Liverpool.