Peledak Gol Dalam 2 Pertembungan Lalu Di ICU Antara 5 Perkara Ketika Terengganu Berkunjung Ke Kuching

Faiz Nasir ICU Terengganu Sarawak United

Antara khabar terbaharu kem Terengganu FC adalah pemain sayap, Faiz Nasir telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika beliau adalah pemain tumpuan untuk berdepan Sarawak United.

Untuk aksi minggu ke-5 Liga Super antara Terengganu dan Sarawak United malam ini, kedua-dua pasukan ada misi penting iaitu meraih kemenangan pertama musim ini apabila mereka menghuni dasar liga setakat ini.

Berikut adalah lima perkara mengenai pertembungan yang akan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching itu.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1515158581787901952

‘Kriptonit’ dalam 2 pertembungan sebelum ini tiada

Faiz Nasir bukanlah siapa-siapa, namun adakalanya pemain sebegini ada ritualnya yang tersendiri dalam satu-satu aksi. Dalam dua pertembungan terakhir dengan Sarawak United, Faiz Nasir terbukti pemusnah lawan.

Beliau meledak dua gol – di Kuala Terengganu dan Shah Alam untuk membantu Sang Penyu mara ke semi final Piala Malaysia 2021 dengan agregat 6-3. Paling diingati tentunya ketika meledak gol kemenangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam pusingan pertama yang membolehkan mereka meraih kemenangan 2-1.

Faiz Nasir dilaporkan dimasukkan ke ICU selepas mengalami sesak nafas kelmarin. Ia dikhabarkan menerusi adik dan isterinya di media sosial yang meminta para penyokong untuk mendoakan kesembuhan pemain itu.

Sarawak United ‘lubuk’ untuk Terengganu bangkit?

Terengganu gagal meledak lebih daripada satu gol dalam satu-satu perlawanan dalam empat perlawanan terakhir. Kali terakhir ia dilakukannya adalah ketika berdepan lawan yang akan mereka jumpa pada malam ini, Sarawak United dengan kemenangan 4-2 di gelanggang lawan. Adakah ini peluang mereka untuk bangkit?

Selepas melalui dua perlawanan tanpa sebarang mata akibat dua kekalahan – tewas 0-3 kepada PJ City dan 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu perlu mencari semula prestasi terbaik mereka untuk kembali.

Berada di dasar liga menjadikan situasi mereka tampak tidak baik walaupun memiliki barisan pemain yang ampuh di segenap posisi. Mungkin tonik terbaik telah diraih ketika hanya tewas tipis kepada JDT tempohari.

Paling banyak main di ‘home’ tapi mata paling sedikit

Ini satu perkara yang menarik tentang Sarawak United yang dikendalikan oleh pengendali berpengalaman, B Satiananthan. Selepas empat perlawanan, Sarawak United merupakan pasukan yang paling banyak beraksi di gelanggang sendiri – Stadium Negeri, Kuching, tetapi nampaknya ia tidak membantu mereka untuk menang.

Mereka telah beraksi tiga kali di tempat sendiri – tewas kepada Kedah Darul Aman FC (0-1) dan Sabah FC (0-1) serta terikat 1-1 dengan Penang FC. Perlawanan dengan Terengganu adalah yang ke-4 mereka di Kuching.

Nasib tak menyebelahi mereka apabila berada di dasar liga bersama Terengganu yang kurang dua perlawanan berbanding skuad Enggang Emas itu. Jika Sang Penyu menang, mereka berpotensi terperosok di dasar liga.

Pertembungan pertama mereka dalam saingan Liga Super

Sarawak United merupakan pendatang baharu Liga Super musim ini selepas muncul naib juara Liga Premier musim lalu – di belakang Negeri Sembilan FC. Walaupun melalui masalah tunggakan gaji, ia tidak menjadi masalah buat mereka untuk dinaikkan pangkat ke pentas tertinggi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Kedua-duanya pernah bertemu dua kali iaitu dalam saingan Piala Malaysia musim lalu yang menyaksikan dua kemenangan berpihak kepada Terengganu. Ini juga bakal menjadi pertembungan pertama di saingan liga serta yang pertama dilangsungkan di Kuching apabila pertembungan ‘away’ sebelum ini adalah di Stadium UiTM.

Jordan Mintah atau Kpah Sherman? 

Semua tahu betapa klinikalnya Jordan Mintah bersama Terengganu walaupun kurang diiktiraf pengendalinya, Nafuzi Zain untuk berada dalam skuad utama. Untuk rekod, Jordan Mintah telah meledak tiga gol dalam lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan walaupun tiada dalam dua perlawanan terakhir.

Beliau telah turun beraksi malam tadi bersama Terengganu II ketika menang 1-0 ke atas Kelantan United – berjaya meledak gol kemenangan di penghujung babak pertama. Ia mengesahkan beliau tidak akan diturunkan untuk aksi berdepan Sarawak United dan Kpah Sherman akan diberikan tugasan sebagai penggempur utama.

Satu gol ketika tewas kepada JDT mungkin tonik terbaik untuk Kpah Sherman kembali mendapat rentaknya selepas ‘disenyapkan’ PJ City dalam aksi pertama. Penjaring terbanyak Kedah musim lalu ini diharapkan akan menajamkan lagi jentera serangan Sang Penyu selepas penyerang musim lalu, David da Silva tidak menjadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN