Dalam masa 2 hari, video pra pelancaran jersi Southampton telah ditonton lebih sejuta kali di laman facebook mereka.
Konsep yang digunakan oleh Under Armour dan The Saint kali ini adalah dengan menggunakan animasi adiwira komikal.
Dalam video ini, plot cerita memaparkan pemain-pemain Southampton sedang dalam proses untuk dibentuk menjadi adiwira di satu pusat latihan serba canggih.
Sempat juga mereka menggunakan watak animasi iras-iras Jurgen Klopp yang sedang berehat di pusat latihan adiwira mereka.
Nama Lallana, Clyne dan Countinho juga digunakan sebagai sampel dalam mode latihan mereka.
Episod kali ini diakhiri dengan ralat (error) dalam pemasangan jersi adiwira terbaru mereka kerana ia telah ‘dicuri’.
Ada juga netizen yang bergurau, pelancaran tersebut gagal kerana Van Dijk hampir ‘dicuri’ oleh Liverpool.
Saksikan episod pertama ini
Dalam episod kedua, Southampton menggunakan watak animasi iras Ronald Koeman sebagai ketua pencuri. Pasti ramai yang terkejut. Kerana rata-rata menjangkakan Liverpool adalah ketua pencuri tersebut.
Koeman adalah pengurus yang disanjungi penyokong di St. Mary. Beliau kemudiannya menyertai Everton.
Saksikan!