Pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani kini sedang mempertimbangkan tiga cadangan pelaburan untuk membenarkan kelab tersebut bersaing secara kewangan dengan Manchester City.
Radrizzani mengesahkan Qatari Sports Investment (QSI) adalah salah sebuah entiti yang berminat untuk mendapatkan pemilikan saham di kelab Championship itu.
QSI dikaitkan dengan pengambilalihan di Leeds United sejak musim panas yang lalu.
Leeds United owner Andrea Radrizzani is considering three investment proposals, one of which he claims could help the club compete financially with Manchester City. ??
— Sky Sports Football (@SkyFootball) October 14, 2019
QSI bukanlah satu entiti yang asing di dalam dunia bola sepak. Diketuai oleh Nasser Al-Khelaifi, jaguh Paris Saint-Germain (PSG) adalah salah sebuah kelab yang dimiliki oleh jutawan Qatar itu.
Dua lagi pelabur berpotensi yang turut dipertimbangkan adalah dari penyokong Leeds sendiri yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan juga pemilik salah sebuah kelab di Itali yang tidak dinamakan.
“Saya telah didatangi tidak kurang daripada 20 pihak yang berminat, tetapi perhatian oleh tiga pihak ini diberikan perhatian yang serius,” ujar Radrizzani kepada The Times.
Nasser al-Khelaïfi the chairman of PSG will meet with the Leeds United owners in Doha, Qatar on Monday to discuss a potential takeover deal!
[@lequipe] pic.twitter.com/Xkqe6SodmP
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 3, 2019
“Mengenai pilihan dari QSI dan Nasser – mereka adalah sahabat dimana kami sudah lama mempunyai hubungan yang sangat baik.
“Mereka juga berpotensi menjadikan kelab ini untuk bersaing dengan Manchester City. Maka untuk penyokong, ia adalah peluang yang amat baik.
“Pelabur kedua dala pertimbangan berpusat di Amerika Syarikat. Beliau adalah penyokong Leeds United sejak zaman kanak-kanak, dan saya sukakan hakikat itu.
“Satu lagi pelabur berpotensi adalah dari kelab Itali. Bersama sebuah kelab lain anda boleh membentuk sinergi untuk menjadi kompetitif, seterusnya mensasarkan Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Kami mungkin harus mendapatkan pinjaman untuk meningkatkan keupayaan pasukan.”
Three options for investment in Leeds: Qatar, an American childhood fan or an Italian club owner | @LukeEdwardsTele https://t.co/22giR2r7LN
— Telegraph Football (@TeleFootball) October 14, 2019
Radrizzani membeli Leeds pada Januari 2017, sebelum menjadi pemilik saham majoriti lima bulan kemudian selepas membeli pegangan Massimo Cellino.
Usahawan dari Itali ini tidak menolak kemungkinan untuk menjual majoriti pegangan di Leeds dan beliau percaya pelaburan dari luar adalah penting untu kelab ini mampu bersaing di peringkat tertinggi.
“Perkara terutama pada saya ialah untuk menjadikan kelab ini kembali sebagai sebuah kelab yang besar,” tambah beliau.
“Bilakah masa saya akan membuka pintu [untuk pelaburan], saya tidak tahu. Semoga kita akan bersaing di EPL selepas ini.
“Sokongan kewangan amat penting di EPL.
“Apabila ianya dilakukan, ianya tidak penting berapakah nilai pegangan yang saya miliki. Lebih penting ialah saya mampu meneruskan projek [di Leeds], dan mendapat sokongan sewajarnya untuk membina kembali kelab ini.”