Quantcast

BERITA

Alexis Sanchez Alami Kecederaan Serius Bersama Chile

Penyerang sayap Inter Milan, Alexis Sanchez dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang agak serius ketika beraksi mewakili negaranya, Chile.

Sanchez menyertai Inter Milan secara pinjaman dari Manchester United mengalami kecederaan pada babak kedua perlawanan menentang Colombia, dalam satu perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kecederaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-87 perlawanan.

Menurut satu kenyataan dari Persekutuan Bola Sepak Chile, pemain berusia 30 tahun itu sah mengalami kecederaan terseliuh pada bahagian tendon lutut.

Bagaimanapu tiada tempoh dinyatakan untuk Sanchez mengalami rawatan sehingga pemeriksaan susulan dilakukan terhadap beliau.

Sanchez menyertai skuad kendalian Antonio Conte secara pinjaman selama semusim pada Ogos lalu. Beliau menjaringkan gol pertama pada penampilan pertama di Serie A dalam perlawanan menentang Sampdoria.

Walaupun Inter tewas keada Barcelona dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, penampilan Sanchez jelas menarik perhatian Conte dalam aksi tersebut.