Pejabat Inter Milan Digeledah Polis, Disyaki Palsukan Laporan Jual Beli Pemain

Juara bertahan Serie A, Inter Milan menjadi kelab terbaru disiasat selepas pejabatnya digeledah pihak polis pada Selasa berkaitan pemalsuan laporan jual beli pemain.

Ia bukan kes pertama seumpanya di Itali. Pada bulan lalu, pejabat Juventus turut digeledah pihak berkuasa untuk mencari maklumat perpindahan pemain dan perjanjian yang dilakukan bersama ejen pada 2019 sehingga tahun ini.

Juventus sebelum ini disyaki melakukan penipuan maklumat berkenaan dengan perpindahan pemain dalam laporan baki akaun mereka.

Juventus dituduh memberikan maklumat tidak tepat kepada para pelabur dan menulis butiran transaksi yang tidak wujud dalam invois mereka, tegas pendakwaraya itu lagi.

Menurut laporan media di Itali, enam pengarah kelab di dalam siasatan. Ini termasuk pengerusi, Andrea Agnelli, naib pengerusi yang juga bekas pemain Juventus iaitu Pavel Nedved. Bukan itu sahaja, bekas pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici yang kini berkhidmat di Spurs juga disiasat,

Inter pula berkata pihak berkuasa telah mengambil semua dokumen yang berkaitan penjualan pemain untuk tempoh dua musim iaitu 2017-2018 dan 2018-2019.

“Permintaan menyerahkan dokumen telah dilakukan oleh Pejabat Pendakwaraya Milan untuk menyemak jumlah aliran kewangan direkodkan dengan betul di dalam akaun,” ujar Inter melalui satu kenyataann.

“Dokumen kewangan kelab telah disediakan dengan kaedah yang betul berdasarkan prinsip perakaunan.

“Tiada kakitangan Inter disiasat [berkaitan kes]. Tiada dakwaan juga dilakukan. Berdasarkan kenyataan daripada Pejabat Pendakwaraya, ia adalah siasatan awal.”

Siasatan dipercatai berkisar kepada nilai perpindahan sebenar seseorang pemain dan angka rasmi yang dinyatakan.

Lebih banyak kelab di Itali dan Eropah dilaporkan sedang disiasat kerana isu yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN