Pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Dilontar Bom Tangan!

Pejabat FAP dibom sebentar tadi!

Pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah dilontar oleh bom tangan buatan sendiri oleh pihak yang tidak dikenali menurut sumber Arena Harimau Malaysia.

Walaubagaiamana pun, ia dipercayai dilakukan oleh segelinitir penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang yang nyata berang dengan presiden FAP yang juga ahli parlimen Bukit Bendera – Zairil Khir Johari.

Bom tangan yang dilontarkan itu bagaimana pun merupakan bom tangan buatan sendiri telah dicampak di hadapan pejabat urusan FAP di Jalan Sepoy Lines.

Gambar: Arena Harimau Malaysia

Semakin berang

Isu protes melibatkan penyokong Pulau Pinang ini sudah semakin meruncing. Ia bermula sejak perlawanan Liga Super diantara T-Team dan Pulau Pinang di Kuala Terengganu.

Penyokong Pulau Pinang mengeluarkan kain rentang tertulis “hapuskan perosak bola sepak Pulau Pinang.”

Kemudiannya, sekumpulan penyokong bola sepak Pulau Pinang berhimpun di Jalan Brown semasa sidang tergempar FAP yang bertujuan untuk melantik Zairil sebagai presiden FAP.

Ia berterusan hingga ke insiden panas di Stadium Negeri di Batu Kawan apabila penyokong Pulau Pinang membakar kemudahan stadium selepas perlawanan menentang Sarawak.

Kami berharap penyokong Pulau Pinang walaupun sedang marak apinya memarahi pengurusan pasukan, tetapi jangan pernah lunturkan sokongan anda terhadap pemain dan jurulatih yang bertungkus-lumus bermain di padang.

Seperti kata orang Inggeris, “support the team, sack the board.”

Baca juga: Malaysia Perlu Galakkan Pemain Bukan Pro Dapatkan Lesen & Jadi Jurulatih Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN