Pegawai Belia KFA Ditahan Reman Kerana Penyelewengan Forex RM3.5 juta

Seorang lelaki yang juga merupakan seorang pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ditahan oleh pihak polis pada siang tadi.

Laporan yang turut disiarkan di Sinar Harian online semalam menyatakan lelaki berkenaan ditahan reman selama  empat hari untuk membantu kes penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex).

Ia membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Lelaki berkenaan dipercayai adalah Penolong Pengurus Belia KFA. Tidak dapat dipastikan sama ada pegawai yang terlibat adalah daripada pasukan belia Kedah FA.

Pasukan Piala Belia Kedah FA bersama pasukan Belia Penang FA ketika bergambar bersama pemenang anugerah PUSKAS.

Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim mengeluarkan perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Mei nanti.

Perintah tahanan reman itu adalah untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek lelaki berusia 41 tahun tersebut, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Sahabudin Abd Manan mengesahkan tangkapan ke atas suspek berkenaan berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kota Sarang Semut, Alor Setar kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Suspek ketika diiring ke mahkamah.

“Suspek dipercayai memperdaya pengadu yang berusia 24 tahun dalam urusan pelaburan Forex dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dari jumlah yang dilaburkan setiap dua minggu selama beberapa kali.”

“Difahamkan, pengadu yang melabur sebanyak RM50,000 dengan memberi wang berkenaan dengan memasukkan akaun bank suspek.”

“Pada Mac tahun lalu, pengadu membuat laporan polis selepas tidak mendapat sebarang keuntungan yang dijanjikan,” demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negeri, Deputi Komisioner Sahabudin Abd Manan.

Sinar harian turut melaporkan bahawa suspek berkenaan telah menipu lebih daripada 500 orang ahli untuk menyertainya.

Kesemua wang yang dianggarkan bernilai sekitar RM3.5 juta seperti yang telah dilaporkan oleh pengadu, telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.

Baca juga:
Lelaki Ini Memberikan Sebab Kenapa Penyokong JDT Perlu Menyokong Mora

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN