Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri terkenal memiliki strategi khusus yang sering disebut dengan gelaran ‘Sarriball’.
Sarri menggemari gaya bola sepak moden seperti yang dibawa Pep Guardiola. Menekankan aspek aliran bola bebas (free flowing football) dengan pertukaran hantaran serta posisi yang banyak dan juga penguasaan bola.
Sarri cuba menerapkan taktikal ini di Chelsea. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Chelsea dilihat mengalami kesulitan dalam menjalani beberapa perlawanan di pentas Premier League.
Hal ini telah menimbulkan kerisauan para peminat dengan mula mempersoalan taktikal yang dibawa pengurus dari Itali itu ke Chelsea. Bukan itu sahaja, ada dikalangan pemain juga sudah mula meluahkan rasa kesukaran bermain dengan taktikal Sariball itu.
Sulit untuk dimainkan
Sarri perlu mengambil masa untuk memastikan anak buahnya faham sepenuhnya taktikal yang cuba diterapkan oleh beliau.
Hal itu diakui sendiri oleh pemain sayap pasukan, Pedro. Pemain Sepanyol itu menjelaskan bahawa taktikal ‘Sarriball’ amat sulit untuk dimainkan dan memerlukan masa untuk difahami.
“Seluruh pasukan mengikuti taktikal Maurizio: memberikan tekanan tinggi, tetap menyerang, dan membuka peluang. Dengan penguasaan bola yang bagus, serta sering menguasai bola. Kami boleh melakukan ini sebagai satu pasukan.”
“Tetapi adakalanya sangat sulit untuk dimainkan seperti itu. Tergantung pada siapa lawannya. Manchester City bermain dengan sangat baik, jadi sangat sulit untuk memberi tekanan, untuk berada di antara serangan dan bertahan.”
Tetap selesa
Namun, Pedro tetap mengungkapkan bahawa dirinya tetap selesa dengan corak permainan seperti itu, meskipun ianya agak sukar untuk dimainkan.
Berbanding perlu bermain dengan taktikal serangan balas yang memerlukan pemain menggandakan corak bertahan selama 90 minit masa perlawanan.
“Saya lebih senang memberikan tekanan tinggi saat kami berjaya mendapatkan bola kembali untuk membuat peluang, tidak perlu menunggu selama 90 minit untuk mendapatkan bola, lalu berlari 60 meter untuk mencetak gol,” kata Pedro.