PDRM FA Pun Tak Nak Kalah

PDRM

Pasukan PDRM FA yang akan kembali beraksi di pentas tertinggi liga bola sepak tanah air selepas tiga musim berada di Liga Premier turut tidak ketinggalan melancarkan jersi pasukan dikenali sebagai ‘The Cops’ itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2020.

Majlis pelancaran serta pengenalan pemain pasukan tersebut telah berlangsung pada 26 Februari lalu di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Bin Mansor.

Seperti Terengganu FC dan Melaka United, PDRM turut mendapat tajaan syarikat tempatan iaitu Al Ikhsan Sports menerusi jenama mereka, AL Sports. ‘Buah tangan’ terbaharu daripada AL Sports itu nyata tidak menghampakan peminat PDRM khususnya.

PDRM yang pertama kali mendapat tajaan daripada AL Sports akan mengenakan jersi ‘home’ berwarna biru, persalinan ‘away’ pula menggunakan warna merah manakala kuning menjadi pilihan untuk jersi ketiga. Sementara itu, tiga jersi bagi penjaga gol pula akan menggunakan warna merah jambu, ungu dan hijau.

Sekiranya sebelum ini reka bentuk jersi Terengganu FC dan Melaka United mendapat pujian daripada peminat kedua-dua pasukan dan ada juga peminat pasukan lain yang turut memberikan respon positif, keadaan itu dapat disaksikan ketika pertama kali jersi PDRM dipertontonkan kepada umum.

Posting di laman Facebook Semuanya BOLA berkenaan jersi PDRM ini juga turut menyaksikan sebahagian besar peminat memuji sentuhan reka bentuk daripada AL Sports pada musim ini.

Ada yang mengatakan reka bentuk jersi ‘simple’ tetapi padu dan juga mengakui Al Ikhsan Sports tidak mengecewakan. Tidak kurang juga peminat bola sepak pasukan lain yang cemburu dengan jersi bakal dipakai oleh skuad bimbingan Mohamad Ishak Kunju Mohamad ini.

Antara komen peminat yang memuji jersi PDRM dan Al Ikhsan Sports.

Di mana nak dapatkan jersi PDRM FA musim 2020?

Tunjukkan sokongan anda kepada PDRM FA dengan membeli jersi terbaru dan original di semua cawangan Al Ikhsan Sports seluruh negara!

Harga jersi hanya RM99 sehelai tanpa mengira home, away atau jersi ketiga.

Dapatkan cepat sementara stok masih ada!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN