‘Dua Pemain Lain Macam’: Reaksi Solskjaer Selepas Menang 5-0

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memuji impak ‘lain macam’ dua pemain barunya, Odion Ighalo dan Bruno Fernandes, selepas kemenangan selesa 5-0 ke atas Club Brugge di Old Trafford awal pagi tadi.

Terikat 1-1 semasa perlawanan pertama peringkat 32 UEFA Europa League 2019/2020, The Red Devils menampilkan dominasi menyeluruh kali ini. Fernandes, Ighalo dan Scott McTominay masing-masing menjaringkan satu gol. Fred menambah dua gol lagi lewat permainan.

“Saya sangat gembira. Bila kita main dan menjaringkan gol macam tadi, kita akan jadi lebih yakin,” kata Solskjaer dalam sidang media selepas perlawanan. “Saya suka dengan cara kami memulakan permainan. Kami main dengan niat yang betul dan hasilkan banyak peluang.”

Pengurus berbangsa Norway itu turut mengaku kad merah yang dilayangkan kepada pemain Club Brugge, Simon Deli membuatkan perlawanan bertukar menjadi satu trafik. “Kad merah tersebut membuatkan nasib mereka habis.”

Perhatian permainan tertumpu kepada Bruno Fernandes dan impak segera yang ditunjukkan beliau sejak dibeli pada jendela perpindahan musim sejuk 2020.

“Kedatangan Bruno bawa impak yang sangat, sangat besar. Dia sendiri cipta semua tiga gol kami pada separuh masa pertama. Saya gembira dengan sumbangannya,” puji Solskjaer. “Dia sangat cergas. Prestasinya pun cemerlang. Kami beli sebab kami rasa kami perlukannya. [Sistem taktikal] kami memang dicipta untuk dia bermain.”

Dalam 5 perlawanan bersama United setakat ini, Fernandes sudah mencetak dua gol, dua bantuan gol dan 10 peluang gol. Beliau juga rajin membantu di enjin tengah – membantu merampas bola sebanyak 24 kali.

Odion Ighalo, yang menjaringkan gol pertamanya untuk kelab, turut mendapat pujian bosnya.

“Sebagai penyerang, saya tahu betapa pentingnya gol pertama tersebut. Sebelum ini pun dia dah boleh hidu gol. Dia ada beberapa peluang. Dia nak jaringkan gol.

“Gol tadi menunjukkan yang dia penyerang yang bijak. Sebaik sahaja Juan memainkan bola ke arahnya, dia dah berada di kotak enam ela. Itu tanda penyerang semulajadi.

Dengan kemenangan ini, United mara ke pusingan 16 Europa League. The Red Devils akan berkunjung ke Goodison Park menentang Everton dalam aksi Premier League pada hari Ahad nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN