PDRM Bakal Jadi Destinasi Terbaharu Buat Ifedayo Olusegun?

PDRM kini dilaporkan mungkin menjadi pasukan yang akan menandatangani khidmat bekas penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) musim lalu iaitu Ifedayo Olusegun.

Terdahulu, Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena melaporkan Ifedayo akan terus bersaing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2024 selepas kelab dari Lembah Klang berminat dapatkan khidmat penyerang itu.

“Top scorers 2020 & 2021 Ifedayo Olusegun dijangka kekal dalam Liga Malaysia apabila sebuah pasukan dari Lembah Klang berminat mendapatkan khidmatnya untuk musim 2024/25,” jelas beliau di media sosial X.

Pada masa sama, Fadhirul Shuhaimi yang juga merupakan wartawan Astro Arena memberi bayangan pemain itu berkemungkinan menyertai PDRM untuk saingan hadapan.

Umum mengetahui PDRM menjadi antara pasukan yang membuat beberapa rombakan untuk saingan hadapan terutama sekali membabitkan posisi serangan.

Sehingga kini, tiga pemain import mereka pada tahun lalu masih dikekalkan untuk saingan hadapan iaitu Bruno Suzuki, Kyaw Min Oo, serta tonggak kebangsaan Jordan, Fadi Awad.

Status penyerang import berbisa mereka iaitu Uche Agba sehingga kini masih belum diketahui jika beliau akan terus kekal atau tidak bersama PDRM pada saingan akan datang.

Walaupun begitu, kehadiran Ifedayo bersama mereka dijangka akan terus menambah sengat buat pasukan berkenaan menerusi kualiti penyudah serta pengalaman dimiliki.

Ketika sesetengah menganggap Ifedayo sudah pun melepasi saat terbaik beliau selaku penyerang berbisa, beliau masih membuktikan dirinya masih lagi antara pemain serangan import terbaik ketika mewakili Kedah.

Musim lalu menyaksikan Ifedayo sudah pun meledak 12 gol bersama satu bantuan jaringan daripada 13 perlawanan membabitkan beliau bersama Sang Kenari di pentas domestik.

Hanya setengah musim sahaja diperlukan Ifedayo bersama Kedah untuk membuktikan dirinya masih lagi relevan serta mampu meledak lebih daripada 10 gol di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Maka, sudah tentu beberapa pasukan termasuk PDRM mungkin berminat untuk mendapatkan penyerang yang pernah bersinar bersama Selangor suatu ketika pada saingan akan datang

Apapun, masih lagi tiada pengesahan dibuat secara rasmi oleh PDRM atau Ifedayo sendiri mengenai status perpindahan tersebut, tetapi berkemungkinan besar penyerang itu akan terus kelihatan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN