PBNS Mahu Pastikan Aspek Kewangan Tidak Jadi Masalah Bagi Hadapi Musim 2020

PBNS

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mahu memastikan aspek kewangan tidak lagi menjadi masalah kepada pasukan bermula musim depan dengan mengharapkan perlaksanaan Economic Control Program (ECP) bakal menjadi panduan untuk semua pasukan menghadapi saingan liga dengan lancar.

Jelas Setiausaha Kehormat PBNS, Satwant Singh, tahun 2020 diharap akan menjadi sinar baru buat semua pasukan terutamanya apabila melibatkan faktor kewangan apatah lagi selepas apa yang berlaku pada musim ini dengan ketiadaan baki kedua hak penyiaran daripada Malaysian Football League (MFL).

Dengan adanya ECP, pasukan akan lebih terperinci dalam membuat perancangan awal menyediakan peruntukan sepanjang musim tanpa melibatkan wang hak penyiaran dalam perancangan mereka.

Satwant menyifatkan setiap pasukan perlu mengambil pengajaran dengan situasi yang berlaku pada tahun 2019 dengan memastikan wang hak penyiaran tidak diletakkan dalam perancangan bajet pasukan sebaliknya cukup untuk dijadikan sebagai bonus seandainya diterima.

Meskipun berdepan kekangan, MFL tetap mengagihkan pendapatan hak penyiaran dan komersial sejumlah RM24 juta pada 15 Julai lalu tetapi ia dilihat masih tidak mencukupi bagi kebanyakan pasukan.

“Saya dapat lihat MFL ketika ini lebih bersikap terbuka dalam berjumpa dengan semua rakan kongsi untuk membincangkan masalah yang ada terutamanya mengenai isu hak penyiaran.

“Kami di PBNS juga sudah jelas mangenai isu ini dan saya boleh simpulkan bahawa daripada awal kita tidak sepatutnya meletakkan wang jumlah hak penyiaran dalam perancangan bajet pasukan kerana kita kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di kemudian Hari.

“Ini akan membuatkan kita lebih berdikari pada masa hadapan untuk mencari dana sendiri termasuklah wang penajaan dan dengan adanya ECP, ia akan membantu pengurusan untuk lebih berhati-hati mengemukakan peruntukan yang sepatutnya untuk pasukan”, katanya.

Dalam masa yang sama, Satwant percaya apabila tiada lagi isu melibatkan aspek kewangan, pasukan akan menjadi lebih fokus untuk mengharungi saingan Liga Premier musim hadapan dengan cemerlang.

Selepas kali terakhir beraksi di Liga Super pada tahun 2018, Satwant mengharapkan setiap pemain mampu membawa perubahan positif bagi memastikan Juara Liga Super 2006 ini mampu untuk kembali melangkah ke saingan elit Liga Malaysia pada musim 2021.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020 ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang.

“Ini kerana, sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN