Punca Padang Bola Awam Terbiar

Padang

Andai ditinjau ke padang-padang bola sepak sekitar Lembah Klang yang kini kebanyakkannya menggunakan rumput sintetik, boleh dikatakan setiap hari padang akan penuh bagi tempahan untuk digunakan pada satu-satu hari.

Dengan kewujudan padang sintetik yang kian mekar seperti ‘cendawan selepas hujan’, penyelenggaraan padang ini boleh dikatakan sangat mudah berbanding rumput biasa.

Namun terdapat perkara yang menjadi masalah kepada pelabur dan bakal pengusaha dalam mendapatkan padang awam untuk dibangunkan.

Kami kongsikan kepada anda cetusan rasa yang menjurus kepada masalah yang sering dihadapi dalam usaha membangunkan padang awam.

Masalah yang dihadapi

Harini, ada sahabat aku ‘contact’,

“Aku ada jalan ni. Nak tak try masuk padang p********i?”

Kira-kira 12 bulan yg lepas, aku banyak buat proposal untuk dapatkan tapak padang bolasepak. Disebabkan penglibatan aku dalam bola sepak, baru aku sedar yang ‘market’ ni agak besar.

Bayangkan, satu sesi (1jam 30minit) kadar sewa adalah 1200-1500 termasuk pengadil. Slot malam, lebih mahal. Dalam satu malam, boleh main paling kurang tiga slot. Nak booking pula, bukan main susah.

Asalkan padang cantik, ‘lighting’ ok, campak 30km keluar KL pun orang sanggup datang.

Cumanya, kapital untuk mula agak besar. Untuk siapkan padang sintetik siap lampu LED, paling kurang 1.2 juta. Kena lah dengan harga. Hujan lebat pun boleh main, maintenance rendah, senang jaga.

Maka aku dengan ‘partner’ pun cari lah beberapa investor yang sanggup ‘invest’. ‘Once’ dapat, aku terus cari beberapa padang yg kondisinya dah tak berapa elok untuk main. Kalau main pun, kemungkinan besar ‘injured’. Itupun ada ‘hantu’ yang kutip duit sewa, walhal 1 sen pun duit tu tak masuk ke PBT.

Ideanya, kami ‘invest’ untuk transformkan padang kepada padang sintetik. Padang tu, kira kami sewa untuk 10 tahun dengan bayaran sewa bulanan. Habis 10 tahun, padang kembali jadi milik majlis.

Lebih kurang 5 buah padang kami hantar proposal.

Entah berapa ramai pengarah, timbalan kami jumpa. Pung pang pung pang kami cerita. Logiknya mudah,

1. Orang Awam : Taknak sewa sebab kondisi padang teruk

2. PBT : Tak dapat kutip sewa sebab ‘hantu’

Proposal kami? Dua-dua ‘settle’.

Meeting punya meeting, jumpa orang sana-sini. Tapi ‘last-last’ ayat yang aku dapat adalah,

“You punya investor boleh deposit 40k dulu? Saya tolong.”

“Boleh, tapi masuk bawah persatuan saya lah. Senang kerja.”

“I ok. Tapi dengan syarat I ada lah jawatan sekali dalamni.”

Akhirnya, aku tanam semua hasrat aku nak masuk dalam bidang ni.

Nota Editor: Artikel asal daripada pembaca Semuanya BOLA sebelum disunting dan diterbitkan dengan kebenaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN