Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Namun masih tidak terlewat untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada orang awam di.
PBNP menyumbangkan juadah sate kepada pengunjung yang berbuka puasa di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1.
Ramai pengunjung yang teruja dan tidak mahu melepaskan kesempatan untuk merasai sate yang dihidangkan oleh PBNP.
Mana tidaknya, sate-sate tersebut dihidangkan sendiri oleh pemain-pemain Pahang, pegawai dan juga Tengku Muda serta Tengku Mahkota Pahang pun turut serta.
Baginda dan para pemain Pahang beramah mesra dengan orang awam yang ada di situ. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan.
Syabas kepada pihak PBNP kerana berjaya mengadakan program seperti ini. Tidaklah salah jika PBNP menganjurkan program sama pada masa akan datang di daerah lain pula.
Usaha murni ini mendapat pujian daripada netizen lebih-lebih lagi melihat keramahan kerabat diraja Pahang yang mencemar duli.
Bak kata Aziz Desa, pengacara terkenal “Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita mesra-mesrakan.”
PBNP musim ini berjaya mengubah kembali landskap bola sepak Pahang. Pahang sekali lagi menjadi pasukan yang digeruni dalam kancah Liga Malaysia.
Dengan kehadiran jurulatih Dollah Salleh, skuad Pahang masih berada dalam landasan untuk mencabar kejuaraan liga.
Sebelum ini, pasukan Pahang berjaya mara ke final Piala FA, namun tewas di tangan pasukan Kedah.