Paulo Rangel Beri Isyarat Akan Kembali Ke Liga Thailand

Baru baru ini, kelab Paulo Rangel, Centro Sportivo Alagoano, CSA memberikan bayangan bahawa pemain itu akan meninggalkan kelab pada masa terdekat.

CSA adalah sebuah kelab yang beraksi di Serie C Brazil. Jurucakap CSA memberitahu media bahawa pemain itu sudah memaklumkan beliau mahu kembali semula ke Asia.

Ia satu kehilangan besar oleh kelab tersebut yang bergelut untuk mencari penyerang. Ini kerana mereka sebelum itu sudah kehilangan Everton Heleno yang menyertai pasukan lain.

Destinasi ‘Asia’ yang dimaksudkan Rangel rupa-rupanya adalah Thailand. Ianya dinyatakan Rangel dalam muatnaik status terbaru beliau di instagram semalam.

Rangel yang sudah berusia 31 tahun merupakan seorang pemain yang nomadik di dalam bola sepak. Beliau kini sudah bermain dengan kira-kira 20 pasukan dalam karier senior beliau.

Rangel pernah bermain dengan Muangthong. Beliau kemudian datang ke Malaysia dan menyertai beberapa pasukan di Liga M. Antaranya Perak, Selangor, Terengganu, JDT dan kelab terakhir beliau di Malaysia adalah JDTII.

Ketika di Malaysia, Rangel antara penggempur yang digeruni. Mana tidaknya, aksi beliau di hadapan gol sangat tajam meskipun beliau antara penyerang kontroversi di luar padang.

6 hari yang lalu beberapa peminat Selangor menjangkakan Rangel memberikan isyarat akan pulang semula ke Selangor. Ini selepas beliau memuatnaik status ini.

Berita kepulangan Rangel ke Thailand itu dikuatkan lagi dengan kapsyen dan grafik dalam status instagram beliau.

Rangel menulis:

“Saya kembali! Jumpa anda dalam masa terdekat.”

Namun buat masa ini, kami tidak dapat memastikan kelab mana yang akan disertai oleh Rangel di Thailand selepas ini. Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN