Paulo Josue: “Sedia Bermatian Untuk Cipta Kejutan Atasi JDT”

Kapten Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Paulo Josue menjadi antara pemain paling bersemangat ketika ini untuk menghadapi aksi akhir Piala FA 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Josue boleh dianggap sedang menikmati detik terbaik beliau bersama KL City musim ini, selepas kejayaan beliau untuk membawa pasukan tersebut mara ke pusingan akhir Piala FA dengan begitu cemerlang.

Beraksi di gelanggang lawan yang dianggap sering memberi mimpi ngeri kepada pasukan pelawat sejak beberapa musim ini, ianya tidak melunturkan semangat Josue untuk tampil mencipta kejutan tersendiri bersama KL City.

Jelas Josue, KL City berpeluang sebenarnya untuk mengecewakan JDT pada aksi malam ini selepas melihat keadaan semasa serta motivasi tinggi dimiliki rakan sepasukan lain untuk berhadapan lawan.

Malah, kejayaan mereka menewaskan JDT dua tahun lalu dalam saingan Piala Malaysia pastinya menjadi azimat terbaik buat Josue bersama rakan-rakan lain untuk tampil sekali lagi mencipta kejutan berhadapan jaguh bola sepak negara ketika ini.

“Menjelang pertemuan ini, ketua jurulatih (Bojan Hodak) memberikan maklumat berguna buat kami selain mengkaji corak permainan JDT, kami sudah bersedia untuk merebut piala ini.

“Kami tahu ia bukanlah semudah kata (menewaskan JDT di SSI), namun kami perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menongkah arus dan berjuang bermati-matian untuk melakarkan kejutan pada perlawanan ini,” katanya menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.

Pada masa sama, Josue juga menyatakan rekod perlawanan lalu tidak boleh diambil kira ketika mereka mencatat kekalahan besar 1-6 di tangan JDT pada saingan Liga Super lalu.

Ini kerana, KL City ketika itu tampil serba tempang dengan kehilangan beberapa pemain utama untuk memberi persaingan sengit buat JDT dan aksi seterusnya bakal tampil berbeza.

Malah, kekalahan tersebut dianggap Josue sebagai suatu rujukan terbaik buat beliau bersama rakan sepasukan lain untuk mengenal pasti kelemahan dimiliki supaya dapat diperbaiki pada aksi final ini.

“Berdepan pasukan yang dibarisi pemain bintang, kita tidak boleh tumpu pada satu atau dua pemain sahaja, kita perlu bekerja sebagai satu unit bagi mengekang pergerakan mereka serta melakukan serangan balas. Jika kami mampu mengikat mereka pada babak pertama, kami mungkin ada peluang,” katanya lagi.

Selain itu, pemain naturalisasi kebangsaan tersebut juga berharap agar setiap ‘set piece’ yang mereka peroleh mampu untuk diterjemahkan kepada bentuk gol ketika berdepan skuad kendalian Esteban Solari.

“Pada sesi latihan, ketua jurulatih (Hodak) memberi penekanan terhadap perkara ini, harapnya apa yang kita berlatih selama ini dapat dipraktik dan membuahkan hasil pada perlawanan sebenar,” ujar Josue akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN