Paulo Josue Jadi Pertaruhan Penting KL City Untuk Hadapi Gergasi Singapura

Pemain serangan berpengaruh iaitu Paulo Josue dijangka bakal menjadi pertaruhan penting Kuala Lumpur City (KL City) untuk aksi ketiga ACC Shopee Cup 2024/2025 hari ini berdepan Lion City Sailors dari Singapura.

Beraksi di gelanggang lawan, sudah tentu ia bakal memberi cabaran berbeza buat KL City walaupun mereka kini dianggap lebih gah berbanding tuan rumah.

Melihat kepada kedudukan semasa di peringkat Kumpulan B, wakil kelab dari Malaysia ini unggul di tangga kedus menerusi dua kemenangan berturut-turut diraih.

Berbanding Lion City Sailors pula, pasukan itu gagal untuk memperoleh sebarang mata sejak dua perlawanan lalu walaupun mereka dibarisi oleh beberapa pemain berstatus bintang.

Untuk aksi hari ini sudah tentu KL City impi untuk mendapatkan tiga mata seterusnya, selain Lion City Sailors pula tidak rela mencatat kekalahan terbaharu di halaman sendiri.

Kami di Semuanya BOLA telah pun memilih tiga pemain KL City yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk membawa kemenangan serta mengukuhkan kedudukan semasa di peringkat kumpulan.

Paulo Josue

‘Mr. Kuala Lumpur’ tersebut menjadi pemain paling sensasi pada musim ini bersama KL City menerusi ketajaman beliau di hadapan gawang gol.

Setakat ini, pemain naturalisasi dari Brazil itu telah meledak 13 gol bersama lima bantuan jaringan daripada 18 perlawanan telah diharungi termasuk saingan ACC Shopee Cup.

Kelebihan Josue terarah kepada ketenangan beliau mengawal serangan serta kreatif mencipta hantaran di sebalik ketajamannya di hadapan gawang gol.

Jovan Motika

Bekas pemain kebangsaan Bosnia ini mampu mencipta sesuatu tidak dijangka terutama sekali ketika mendapatkan gol buat KL City menerusi kepantasan serta ketajamannya di hadapan gawang gol.

Unik mengenai persembahan Motika sudah tentu terarah kepada kelincahan beliau mengawal bola selain mampu meledak gol dari pelbagai sudut walaupun ditekan oleh pertahanan lawan.

Musim pertama bersama KL City tidak mengecewakan buat Motika apabila beliau kini sudah merekodkan enam gol dan dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Haqimi Azim

Ini mungkin menjadi musim yang cukup baik buat bintang muda Harimau Malaya tersebut, setelah dirinya lebih kerap diberi peluang beraksi dan membuktikan ketajamannya di hadapan gawang gol.

Kekuatan fizikal dan lincah mengawal bola menjadi aset beliau dan Haqimi boleh diletakkan selaku penyerang utama atau sayap kanan mengikut kesesuaian taktikal.

Setakat 17 perlawanan telah diharungi, Haqimi sudah merekodkan empat gol serta tiga bantuan jaringan musim ini bersama KL City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN