Bekas Pemain Serangan LaLiga Jadi Pertaruhan Baharu JDT?

Bekas pemain serangan berpengalaman LaLiga di Sepanyol iaitu Jonathan Viera telah dikaitkan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ianya riuh diperkatakan dalam kalangan peminat di media sosial.

Umum mengetahui, JDT menjadi antara kelab yang paling berjaya di Asia Tenggara kini menerusi pencapaian hebat dilakar mereka pada aksi domestik serta antarabangsa bersama reputasi menyakinkan.

Keperluan JDT untuk mendapatkan pemain-pemain baharu antara yang selalu meraih perhatian ramai kerana setiap tonggak baharu diperkenalkan bukan calang-calang daripada segi rekod lampau.

Lihat sahaja pemain import baharu mereka musim ini seperti Eddy Israfilov, Murilo, Jese Rodriguez dan Andoni Zubiaurre yang mempunyai reputasi cukup gah sebelum menyarung jersi gergasi Malaysia ini.

Perkhabaran terbaharu menyatakan pasukan itu bakal menandatangani khidmat pemain serangan dari Paraguay iaitu Oscar Romero yang sebelum itu gah bersama beberapa kelab lain.

Malah, wartawan sukan dari Argentina iaitu Garcia Grova sendiri melaporkan JDT sudah pun menawarkan kontrak bernilai jutaan Dollar untuk mendapatkan khidmat Oscar.

Selain itu, seorang lagi nama pemain serangan kini mula meniti di bibir peminat bola sepak JDT iaitu Jonathan Viera yang dikhabarkan turut akan menyertai keluarga Harimau Selatan.

Untuk rekod, Viera sebelum ini merupakan antara pemain yang beraksi di saingan LaLiga bersama beberapa kelab terkemuka bersama rekod cukup memberansangkan.

Beraksi di posisi sayap serta tengah serangan, kehadiran Viera dilihat mampu menjadikan impian JDT untuk terus mendominasi kejohanan domestik serta Asia pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, Viera sudah pun beraksi sebanyak 443 perlawanan dan telah merekodkan 118 gol bersama 94 bantuan jaringan secara keseluruhan.

Kelab terkini diwakili Viera ialah Khor Fakkan dan beraksi di pentas UAE Pro League dan Viera telah pun merekodkan beberapa jaringan ketika ini bersama pasukan tersebut.

Kelebihan pemain berusia 35 tahun itu beraksi di beberapa posisi berbeza sudah tentu akan memberi kelebihan buat JDT mengatur Viera mengikut percaturan taktikal.

Pada pandangan anda, adakah Viera bakal menjadi pemain baharu ditandatangani JDT, atau ia sekadar khabar angin bertiup di media sosial sahaja?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN