Malaysia bakal memulakan aksi sulung mereka dalam siri perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China dengan membuat perhitungan pertama menentang Syria di Stadium East-Town Football Park pada petang ini.
Ianya dianggap sebagai aksi yang penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon untuk menilai kekuatan semasa mereka sebelum menghadapi kejohanan penting awal tahun hadapan iaitu Piala Asia pada bulan Januari.
Hari Perlawanan | Rabu, 6 September 2023
Perlawanan Antarabangsa Tier 1
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇸🇾 SYRIA
🕔 5:00 petang ini
🏟 Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China📺 Siaran langsung di @ASTROARENA dan @tv9malaysia #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yU2KZP2oTp
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 6, 2023
Syria yang berada di ranking jauh lebih baik berbanding Harimau Malaya dianggap sebagai lawan cukup bagus untuk mereka mengetahui sisi kelemahan dan dapat diperbaiki sebelum menghadapi negara-negara lebih hebat.
Malah, ini menjadi peluang besar untuk Malaysia memperbaiki kedudukan semasa mereka ke arah lebih baik jika skuad kendalian Kim mampu melakar rekod positif pada pertembungan itu.
Untuk aksi ini, beberapa pemain dilihat mampu memberi momentum positif buat skuad kebangsaan untuk menghadapi Syria dengan salah seorang tonggak tersebut terarah kepada Paulo Josue.
Josue boleh dianggap sebagai salah seorang pemain naturalisasi yang berjaya memberi impak positif buat skuad kebangsaan, selepas ketajamannya sudah pun dibuktikan ketika bertemu Kepulauan Solomon serta Papua New Guinea.
GOOLLL!!!
Paulo Josue 40'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇸🇧 KEPULAUAN SOLOMON#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/twIpTl4KCj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2023
Berkelebihan beraksi di posisi tengah serangan serta selaku penyerang utama, Josue dilihat tidak kekok untuk membentuk kombinasi bersama rakan sepasukan lain serta sangat kreatif mencipta gerakan berbahaya.
Momentum semasa Josue bersama Kuala Lumpur City (KL City) juga sangat baik ketika ini, dan pastinya Kim bakal menggunakan beliau untuk aksi sulung berdepan Syria.
Faisal Halim
Kelibat penyerang Selangor jarang menghampakan para peminat skuad negara selepas kehadirannya memberi impak cukup besar di posisi hadapan pasukan negara.
Daripada segi jumlah jaringan serta bantuan gol, Faisal telah pun membuktikan beliau sememangnya paling layak untuk sentiasa disenaraikan oleh Kim bagi aksi peringkat antarabangsa.
GOOLL!!!
Faisal Halim 16'TURKMENISTAN 🇹🇲 0-2 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/OZkij0zwco
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Kelincahan, kreativiti, serta ketajaman pemain kelahiran Penang ini pastinya akan digunakan sepenuhnya sebagai aset utama negara untuk memastikan posisi serangan Malaysia sentiasa aktif.
Arif Aiman Hanapi
Bintang muda negara ini tidak mengambil masa yang lama untuk mencetuskan impak cukup besar buat posisi hadapan negara dan kemuncaknya dibuktikan ketika aksi lalu menentang Papua New Guinea.
Ketika ini, Arif merupakan antara pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan peringkat domestik dan ini menjadi sesuatu yang menggembirakan Kim bagi menggunakan khidmatnya.
GOOLLL!!!
Arif Aiman Hanapi 89'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 10-0 🇵🇬 PAPUA NEW GUINEA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/6J9b6yzh2M
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 20, 2023
Selain memiliki kepantasan cukup baik, Arif juga memiliki kualiti penyudah cukup tajam di hadapan gol serta aktif melakukan hantaran silang tepat kepada rakan serangan lain dalam kawasan petak penalti.