Safawi Rasid Tak Kisah Siapa Jaringkan Gol Untuk Malaysia

Penyerang lincah negara, Safawi Rasid antara nama yang menjadi tumpuan dalam kalangan para penyokong bola sepak Harimau Malaya untuk aksi persahabatan yang akan berlangsung pada petang ini.

Apa tidaknya, rekod Safawi bersama skuad kebangsaan boleh dianggap sangat positif dan mempunyai banyak pengalaman di pentas antarabangsa untuk membantu Malaysia mencatat keputusan lebih positif.

Safawi bersama rakan sepasukan lain bakal menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada petang ini untuk menghadapi Syria bagi perlawanan sulung mereka di Chengdu, China sebagai medan persiapan sebelum mengharungi aksi Piala Asia awal tahun hadapan.

Terbaharu, penyerang ini tidak kisah siapa pun memiliki peluang untuk menjaringkan gol atau lebih menonjol kerana istilah tamak tiada dalam falsafah Safawi dalam dunia bola sepak profesional.

Malah, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran peribadi dalam setiap perlawanan dihadapi dengan keutamaan sepenuh diberikan buat pasukan.

Ini termasuklah ketika situasi mendapatkan gol dengan Safawi menyatakan beliau sedia untuk membuka ruang buat rakan sepasukan lain yang mempunyai peluang lebih cerah untuk meledak jaringan buat Harimau Malaya.

“Saya sasaran utama adalah pasukan menang, tidak kisah siapa yang jaringkan gol kerana apa yang penting kerana kita bermain dalam satu unit.

“Jadi siapa yang dapat jaringkan gol ia adalah bonus untuk pasukan,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai pemain ini.

Musim ini menjadi sesuatu yang agak perlahan sebenarnya buat Safawi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas lebih kerap beliau memanaskan bangku simpanan.

Walaupun begitu, pemain kelahiran Terengganu ini tetap memberikan impak yang tersendiri setiap kali dibawa turun dan membantu rakan sepasukan dengan cukup positif ketika aksi bersama Harimau Malaya.

Tersenarai untuk aksi antarabangsa kali ini, ianya merupakan peluang untuk Safawi untuk membuktikan beliau masih relevan bersama skuad kebangsaan dan menjadi antara pemain tempatan yang masih berbisa di hadapan gol.

Berkebolehan beraksi di serata posisi serangan, pastinya Kim mempunyai rencana tersendiri untuk menggunakan khidmat Safawi mengikut situasi perlawanan yang dihadapi mereka.

Safawi juga merupakan antara pemain yang mempunyai kualiti cukup tinggi dalam situasi sepakan percuma selain lincah untuk mengatasi pertahanan lawan menerusi kawalan bola beliau sangat bagus.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN