Paulo Dybala: Saya Rindu Nak Berlatih, Main Bola Sepak

Paulo Dybala

Pemain serangan Juventus, Paulo Dybala mengakui bahawa beliau amat merindui aksi bola sepak selepas saingan liga di seluruh dunia terpaksa dihentikan akibat wabak COVID-19 yang melanda.

Lebih perit untuk ditelan, Dybala sendiri turut dijangkiti wabak tersebut dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

Sehubungan dengan itu, pemain kelahiran Argentina tersebut mendedahkan beliau amat merindui untuk berlatih dan juga beraksi di atas padang.

”Untuk mengatakan yang sebenarnya, saya tidak pernah terfikir akan begitu merindui untuk bermain bola sepak dan berlatih.”

”Saya merasakan saya perlu berlatih, berjumpa dengan rakan sepasukan dan rakan-rakan serta sekurang-kurangnya menyentuh bola kerana latihan di rumah tidak sama [seperti di padang],” ujar Dybala menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Saya perlu memakai kasut bola dan berlari, menjaringkan gol. Seperti yang saya katakan, apabila anda bersemangat, anda menjadikan semuanya dua kali lebih penting.”

”Sudah terlalu lama rasanya tidak berlatih. Kami tidak tahu bilakah akan dapat kembali. Tidak seperti ketika bercuti, anda tahu berapa lama anda akan berehat.”

”Saya tahu bahawa satu-satunya tugasan saya pada ketika ini adalah memastikan berada dalam keadaan yang baik, tiada perkara lain yang lebih utama daripada itu.”

”Dimulai dengan satu minggu [berlatih sendirian] dan satu minggu lagi, kemudiannya seminggu lagi, saya berlatih di sini tetapi ianya tidak sama,” ujar Dybala lagi.

Pada kempen musim ini, Dybala berjaya menjaringkan 13 gol dan mencipta 14 bantuan jaringan dalam 34 penampilannya di semua pertandingan disertai Juventus.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel kami yang lain mengenai Paulo Dybala:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN