Bernasib Malang, Pengurus Ini Dipecat Kelabnya Walaupun Sedang Mendahului Liga

Messi bags his trademark chip against Atlanta United Loading official content
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
0 seconds of 1 minute, 12 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:12
01:12
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Major League Soccer di OneFootball

Jika anda sedang membawa pasukan anda mendahului liga, pasti anda akan rasa kerja anda selamat bukan?

Tetapi di Greece jawapannya tidak!

Seorang pengurus telah pun dipecat oleh kelabnya walaupun pasukannya kini sedang berada di tangga pertama liga.

Pengurus Paulo Bento yang merupakan pengurus Olympiakos telah dipecat oleh kelabnya baru-baru ini.

Beliau dipecat selepas pasukannya yang sedang memimpin liga mengalami 3 kekalahan secara berturut-turut.

Walaupun kini berada di puncak liga dengan kelebihan 7 mata dihadapan pencabar terdekat. Bento disingkirkan kelab atas penilaian jangka panjang pihak atas kelab.

Mereka merasakan sekiranya perkara yang sama berulang ia akan memberikan kesan buruk kepada Olympiakos yang berkemungkinan kehilangan gelaran liga.

Keputusan ini mungkin satu keputusan yang sukar kerana rekod Bento bersama Olympiakos cukup cemerlang ketika ini.

Bento berjaya bawa Olympiakos mendahului liga dan berada di separuh akhir Piala Greece,

Selain itu, beliau juga berjaya membawa Olympiakos ke peringkat 16 pasukan terakhir Europa League. Tidaklah teruk untuk pengurus yang baru sahaja 7 bulan menjadi pengurus.

Olympiakos tidak asing dalam memecat pengurus dalam masa yang singkat. Sebelum Bento, pengurus Victor Sanchez dipecat selepas 2 perlawanan menjadi pengurus mereka.

Sanchez dipecat selepas beliau gagal membawa Olympiakos ke peringkat kumpulan UEFA Champions League selepas terkandas di peringkat ketiga kelayakan.

Baca juga: Guardiola Berpendapat Chelsea Hampir Tidak Mampu Dihalang, Conte Beri Respon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN