Paulinho Tinggalkan Barcelona, Kembali Sertai Guangzhou Evergrande Secara Pinjaman

Wow. Ini kelihatan seperti sedikit ganjil bukan?

Pemain tengah Barcelona, Paulinho kini telah pun disahkan bakal meninggalkan kelab tersebut dan akan menyertai kelab lamanya di China.

Pemain utama skuad kebangsaan Brazil di Piala Dunia ketika ini akan kembali menyertai kelab Chinese Super League (CSL) iaitu Guangzhou Evergrande.

Hal perpindahan tersebut telah pun disahkan sendiri oleh pihak Barcelona menerusi kemas kini mereka di laman Twitter.

Paulinho bakal berpindah semula ke kelab lamanya sebagai pemain pinjaman sahaja buat masa sekarang.

Namun begitu dalam perjanjian perpindahan tersebut, terdapat pilihan untuk Guangzhou Evergrande untuk membeli pemain tersebut secara tetap.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang kelab, Barcelona menzahirkan penghargaan mereka terhadap Paulinho.

“Barcelona dan Guangzhou Evergrande telah mencapai persetujuan untuk meminjamkan Paulinho selama 1 musim dan terdapat pilihan untuk menjadikan perpindahan itu sebagai perpindahan tetap.”

“Barcelona dengan secara terbuka mengucapkan penghargaan kepada beliau di atas komitmen dan juga dedikasi yang beliau tunjukkan dan kami ucapkan semoga berjaya untuk beliau di masa hadapan.”

Paulinho mencipta kejutan apabila berjaya berpindah dari bola sepak China ke bola sepak kelas tinggi di Sepanyol bersama Barcelona pada musim lalu.

Ianya terjadi selepas beliau berjaya melengkapkan perpindahan sebanyak €40 juta pada musim panas yang lalu.

Walaupun perpindahan itu dikritik, namun Paulinho berjaya membuktikan nilai beliau apabila berjaya melakukan 49 penampilan dan menjaringkan 9 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN