Paul Scholes: Pogba Bukan Pemain Yang Sesuai Dengan Barcelona

Pogba

Legenda Manchester United, Paul Scholes menyifatkan Paul Pogba yang dikhabarkan mahu ke Barcelona, tidak sesuai dengan kelab Catalan tersebut.

Scholes turut mendesak supaya pemenang Piala Dunia 2018 itu kekal di Old Trafford dan menikmati peranan kapten yang dipertanggungjawabkan kepadanya ketika ini.

Bekas pemain yang turut dikenali sebagai ‘The Shy Genius’ itu merasakan Old Trafford merupakan tempat yang paling tepat buat Pogba serta melihat beliau (Pogba) akan mengalami kesukaran bagi menyesuaikan diri dengan sistem di Nou Camp.

”Saya tidak melihat Pogba sebagai pemain yang sesuai di Barcelona.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Paul Pogba of Manchester United scores a penalty to make it 1-0 during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

”Kami harap dia akan kekal disini (Manchester United), setiap pasukan mahu untuk mengekalkan pemain utama mereka dan kami mahu dia untuk kekal.”

”Dia mempunyai kualiti yang luar biasa tetapi tidak menunjukkan sepenuhnya. Diharapkan dia boleh memacu United untuk merebut kejuaraan.”

Scholes turut mengulas mengenai laporan yang mengatakan permasalahan yang melibatkan Pogba dan pengurus pasukan, Jose Mourinho.

”Saya tidak tahu, jelas terdapat beberapa masalah dalam hubungan mereka yang saya baca, adakah kita pasti? Saya tidak tahu.”

”Apa kami tahu adalah Paul (Pogba) perlu untuk beraksi lebih baik dengan lebih kerap berbanding apa yang dilakukannya ketika ini.”

”Kami semua tahu mengenai bakat yang dimilikinya. Keupayaan dan kekuatan yang hebat sebagai seorang atlit, tetapi dia hanya melakukannya sekali dalam setiap tiga atau empat perlawanan.”

”Jika anda berusaha untuk mencabar kejuaraan, saya tidak fikir ia cukup.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN