Jose Mourinho Akhirnya Buka Mulut Isu Hubungan Beliau Dan Pogba

Pogba

Hubungan Jose Mourinho dan Paul Pogba dilaporkan agak dingin. Ianya juga dikatakan antara sebab kenapa Paul Pogba mahu meninggalkan Manchester United.

Pogba sebelum ini pernah menyatakan ada perkara beliau tak boleh dedahkan kepada media, kerana boleh mengundang masalah.

Media mulai tertanya-tanya adakah Paul Pogba tidak berpuas hati dengan Mourinho ataupun Ed Woodward yang gagal mendapatkan beberapa nama besar untuk menguatkan lagi Manchester United.

Terbaru, Mourinho akhirnya membuka mulut dan memberikan komen tentang isu tersebut. Mourinho menyatakan yang beliau dan Paul Pogba tidak ada masalah dalam perhubungan mereka.

Mourinho memberitahu, mereka tak pernah tidak sehaluan ataupun bertengkar seperti yang dilaporkan media. Pogba dan Mourinho dikatakan bertikam lidah selepas perlawanan menentang Leicester minggu lalu.

“Kebenarannya adalah, kami sudah bersama selama 2 tahun dan beberapa minggu. Dan saya hari ini lebih gembira daripada sebelum ini bersama dengan beliau.”

Mourinho
MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 29: Jose Mourinho, Manager of Manchester United looks on during the Premier League match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on April 29, 2018 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Itulah kebenarannya. Saya tak boleh meminta lebih lagi daripada beliau.”

Mourinho menyatakan Paul Pogba sanggup bermain dalam perlawanan pertama walaupun badannya tidak cukup bersedia kerana baru kembali daripada bercuti.

“Beliau datang pada Isnin sebelum perlawanan menentang Leicester, berlatih 3 hari, saya minta bantuan beliau dalam perlawanan penting, di mana pasukan kami dalam kesukaran.”

“Beliau melakukannya lebih baik daripada apa yang kami jangkakan.”

“Apabila beliau menyatakan, melakukan semua itu dengan penyokong dan pasukan, itulah yang saya mahukan. Itulah yang saya harapkan daripada para pemain saya.”

“Beliau bekerja dengan baik, bermain dengan baik, beliau lakukannya demi penyokong dan pasukan, tiada apa lagi yang lebih menggembirakan saya.”

Mourinho mengesahkan yang Paul Pogba akan terus menjadi kapten pasukan menentang Brighton sementara Antonio Valencia masih lagi berehat kerana kecederaan di paha.

Ketika ditanya adakah benar ada pertengkaran di antara beliau dan Pogba, ini jawapan Mourinho:

“Saya tak kisah, saya ulangi, saya mahu beliau bermain baik, saya mahu beliau bermain untuk pasukan, itu sahaja.”

“Beliau bekerja dengan sangat baik ketika bertahan. Tolong jangan letakkan beliau dalam situasi yang membuatkan orang berfikir beliau bukan orang yang baik dan terpelajar.

“Dia orang yang baik dan terpelajar.”

“Beliau tak pernah bergaduh dengan saya, kami tak pernah bertikam lidah, semuanya penuh dengan hormat, saya tiada masalah langsung dengan beliau.”

Wartawan bertanya, jika Pogba terlalu berterus-terang, adakah pemain itu akan didenda?

Sebelum ini Martial didenda €200,000 hanya kerana menambah cuti selepas isterinya bersalin di mana bayi beliau ada jaundis.

Mourinho menganggap ianya merepek. Manchester United bukanlah kelab yang suka mendenda pemain.

“Awak tanyalah Paul. Saya di sini sudah 2 tahun, dan dalam tempoh itu, hanya Anthony Martial yang didenda. Jadi, di sini, bukannya mudah untuk anda didenda. Jadi, pergilah tanya dia.”

“Saya tak akan pergi tanya beliau. Saya mahu beliau meneruskan apa yang beliau lakukan, cara beliau bermain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN