Bekas bintang Manchester United, Paul Scholes menggesa Ole Gunnar Solskjaer supaya bertindak bijak dalam menangani isu penghijrahan Paul Pogba ke Real Madrid.
Mengakui perkara itu, Pogba sekali lagi menjadi sasaran Los Blancos selepas kelab itu dilaporkan mahu melamar bintang Perancis itu pada musim hadapan.
Khabar angin mengenai penghijrahan Pogba ke Real MAdrid kembali diperkatakan sejak kepulangan Zinedine Zidane ke kelab lamanya itu bulan lalu.
Bukan Pogba
Solskjaer pasti sedang ‘pening’ memikirkan persiapan pasukan musim hadapan apabila beberapa pemain utamanya kini menjadi sasaran pembelian oleh kelab-kelab lain.
Hal ini berkait dengan kontrak Juan Mata, Ander Herrera, Antonio Valencia, dan Matteo Darmian yang bakal berakhir pada Jun 2019 ini.
"There was a time when if United lost a player, no matter how big, it didn't matter."
"Sir Alex had difficult players, but he handled them!"
With contracts expiring and players eyeing options elsewhere…
Is there a big issue at Old Trafford?
A fascinating chat on #PLTonight pic.twitter.com/J4zlm013Br
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 13, 2019
Terdapat dakwaan menyatakan United kini sedang berusaha mempertahankan Herrera dari menyertai Paris Saint-Germain [PSG].
Bukan itu sahaja, United juga dikabarkan akan mengadakan perbincangan bersama Darmian bagi mengaktifkan lanjutan tempoh kontrak di Old Trafford.
Scholes bagaimanapun enggan mengulas mengenai pemain lain. Baginya, apa yang paling penting untuk pasukan musim hadapan adalah mengekalkan Paul Pogba bersama pasukan.
Beliau sebagai berkata, “Saya kira terdapat beberapa contoh di tahun-tahun yang lalu, ketika pasukan ini kehilangan pemain.Tidak kisah seberapa besarnya nama pemain itu, seperti David Beckham, Roy Keane, Cristiano Ronaldo, itu tidak penting, tidak terlalu penting.”
“Namun pada ketika ini, jika United kehilangan Pogba [bakal menjadi masalah]. Dia memang pernah dikritik kerana tidak konsisten, kami tahu itu. Tetapi dia masih berjaya mencetak 15 gol semusim.”
“Jika United menjual Pogba sekarang, mereka seperti menjual pemain terbaiknya,” kata Scholes dipetik menerusi
Jangan risau
Terdahulu, Solskjaer tampil bercakap mengenai status Pogba bersama pasukan. Menurutnya, masa depan Pogba bersama United tidak akan terjejas biarpun khabar angin mengaitkannya dengan Real Madrid semakin panas.
Solskjaer berkata Pogba masih setia dengan United dan menafikan khabar angin berkenaan.
“Mungkin memang ada kempen ke arah itu, mungkin juga ia hanya gembar gembur pihak media. Kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya, tapi berdasarkan perbualan saya dengan Pogba, ia sentiasa positif untuk kekal bersama kelab ini.”
“Saya tidak nampak sebarang perbezaan mengenainya setiap kali saya bercakap dengannya. Dia fokus dengan prestasinya dan dia pemain yang membanggakan. Dia selalu memberikan yang terbaik buat pasukan,” kata Solskjaer.