Bekas bintang Manchester United, Paul Scholes melancarkan perang psikologi keatas Barcelona menjelang aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.
Scholes berkata, Manchester United tidak perlu risau apabila berdepan Barcelona nanti kerana pasukan itu sekarang tidak sekuat dahulu lagi.
Scholes tidak menafikan bahawa Barcelona adalah gergasi bola sepak terkuat di Eropah, namun menurutnya, kekuatan semasa The Blaugrana telah menurun sedikit berbanding berberapa tahun terakhir ini.
Bergantung pada Messi
Menurut Scholes, Barcelona tidak sekuat seperti dahulu kerana kelab itu kini hanya bergantung pada Lionel Messi.
“Saya fikir Barcelona tidak begitu kuat seperti sekarang,” kata Scholes kepada Express.
“Dahulu apabila kami bertemu mereka, kami tahu jika kami berjaya menguasai bola sebanyak 25 peratus, kami akan menjadi mudah [menang] .”
“Saat itu soal tumpuan, terdapat ramai pemain berkualiti, Messi, Xavi, Iniesta pada era itu.”
“[Sekarang] saya fikir Barca tidak mempunyai banyak pemain sebaik mereka tetapi mereka masih berkualiti.”
Halang gol
Bagaimanapun Scholes mahu pemain beraksi sebagai skuad bukan pilihan kerana ia boleh menjadi penanda aras untuk mereka apabila berdepan Barca nanti.
Scholes juga berharap para pemain dapat mengatasi tekanan dalam perlawanan tersebut dan berjaya menghalang Barcelona untuk mencetak gol di Old Trafford.
“Saya fikir tidak banyak orang yang menduga Manchester United boleh mara ke peringkat ini, jadi itu boleh membantu mereka.”
“Mereka memiliki pemain-pemain yang berkualiti, beberapa penyerang yang bagus.”
“Ini adalah soal terakhir, mampukah Manchester United menghentikan Barca daripada mencetak gol? Khususnya di Old Trafford.”