Dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa nama besar yang sebenarnya beragama Islam.
Nama-nama seperti Mohamed Salah, Mesut Ozil dan juga Emre Can adalah beberapa nama pemain beragama Islam yang cukup masyhur ketika ini.
Selain itu dari mereka bertiga, bintang Manchester United iaitu Paul Pogba merupakan seorang penganut agama Islam.
Terkenal dengan gerak gaya dab dan pelbagai jenis potongan rambut, satu sisi lain yang ada pada diri Pogba adalah beliau sering ke tanah suci Mekah untuk melakukan ibadah.
Baru-baru ini, Pogba kini berada di Mekah untuk menyambut bulan Ramadan di sana dengan menunaikan umrah.
Perbuatan ini sama seperti apa yang beliau lakukan pada musim lalu apabila menghabiskan cuti musim panas dan bulan Ramadan dengan ke Mekah.
Amat menenangkan
Menerusi laman Instagram beliau, Pogba memuat naik rakaman yang menunjukkan beliau kini berada di tanah suci itu.
Dalam masa yang sama, Pogba turut menggambarkan Mekah sebagai salah sebuah tempat yang amat menenangkan bagi dirinya.
Malah menurut beliau, hanya mereka yang mengerti sahaja akan memahami apa yang beliau sampaikan ini.
“Hanya mereka yang pernah sampai ke sini (Mekah) sahaja akan mengerti perasaan ini, bukan mudah untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.”
“Jika ada yang belum berkesempatan untuk pergi ke Mekah, silalah datang untuk menikmati perasaan yang amat menenangkan ini.”