Manuel Pellegrini Dilantik Sebagai Pengurus Baharu West Ham United

Kelab Premier League yang berpengkalan di London, West Ham United telah mencipta kejutan apabila melantik Manuel Pellegrini sebagai pengurus baharu mereka.

Pellegrini yang merupakan pemenang Premier League bersama Manchester City sebelum ini dinamakan sebagai pengurus baharu West Ham United selepas kelab tersebut membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak David Moyes.

David Moyes menjadi pengurus kelab tersebut dengan kontrak jangka pendek sahaja.

Pellegrini meninggalkan kelab beliau sebelum ini iaitu Hebei China Fortune untuk menjadi pengurus termahal dalam sejarah West Ham United dengan gaji sebanyak £7 juta setahun.

Gaji yang diterima beliau di London Stadium itu amat berbeza dengan gaji yang beliau terima di China iaitu sebanyak £16 juta setahun.

Pellegrini dikatakan cukup tertarik dengan projek yang dirancang oleh kelab tersebut untuk mengubah nasib kelab.

“Saya tertarik dengan perancangan kelab. Saya berharap saya dapat ulangi kejayaan saya bersama dengan setiap kelab Eropah yang pernah saya bimbing iaitu mara ke kejohanan Eropah.”

Di pihak West Ham United, pelantikan Pellegrini terhasil selepas mereka mendengar permintaan peminat kelab untuk bercita-cita lebih tinggi.

“Kami mendengar permintaan peminat yang mahukan kami lebih bercita-cita tinggi.”

“Oleh itu kami melantik Pellegrini yang terkenal dengan taktikal bola sepak menyerang dan mampu mendapatkan prestasi terbaik dari pemainnya.”

“Selain itu juga, beliau merupakan seorang pengurus yang berpengalaman di Premier League.”

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 11: The Manchester City Manager Manuel Pellegrini and Yaya Toure pose with the trophy at the end of the Barclays Premier League match between Manchester City and West Ham United at the Etihad Stadium on May 11, 2014 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

 

Pellegrini dikatakan bersedia untuk membawa beberapa nama baharu untuk West Ham United.

Dua nama yang disebut-sebut adalah bintang Manchester City iaitu Yaya Toure yang akan meninggalkan kelab tersebut dan juga pemain remaja mereka Phil Foden.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN