Patrick Reichelt Tinggalkan Melaka United Untuk Liga Thai

Melaka United terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pemain sayap dari Filipina, Patrick Reichelt selepas pemain itu menolak tawaran kontrak baharu untuk beraksi di Liga Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Penolong pengurus Liga Super Melaka, Syahrul Nizam Shamsuddin kepada Berita Harian semalam.

Menurut Syahrul, Patrick telah memaklumkan perkara itu kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damien Yeo Shen Li baru-baru ini.

Foto: Melaka United

Patrick dikatakan mendapat tawaran daripada salah sebuah kelab terkemuka dari negara jiran itu.

Sebelum itu Melaka United juga dikatakan telah menawarkan kontrak baharu untuk pemain kebangsaan Filipina tersebut. Kontrak Patrick sepatutnya tamat pada 30 November ini.

Bagaimanapun Melaka United tidak akan menghalang perpindahan Patrick yang mendapat tawaran yang lebih lumayan dari kelab Thailand itu.

“Ia juga di luar bajet dan kemampuan kita untuk membolehkan dia kekal bersama pasukan,” kata Syahrul.

“Apa yang kami harapkan dia akan terus cemerlang bersama pasukan berkenaan.”

Thank you MFL .
Feeling Honored and Grateful for this nomination as ASEAN Best Player for 2019 in malaysia ??
? ? ?

Posted by Patrick Gerry-Anthony Alcala Reichelt on Thursday, November 14, 2019

“Apapun kami akui sumbangan besarnya kepada kecemerlangan pasukan Hang Tuah terutama turut memberi pendedahan berharga kepada pemain muda,”

Patrick Reichelt merupakan salah seorang pemain import ASEAN paling menyerlah. Beraksi dalam semua 22 perlawanan Liga Super untuk Melaka United, pemain ini juga menyumbangkan 10 gol pada musim lalu.

Dalam perkembangan lain, Syahrul turut mengesahkan Safiq Rahim, Razman Roslan Saiful Ridzuwan Selamat dan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman akan kekal bersama Melaka United pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN