Patrick Kluivert Dilantik Pengarah Bola Sepak Remaja FC Barcelona

Kluivert

Legenda bola sepak dunia, Patrick Kluivert telah memeterai perjanjian kontrak selama dua tahun yang sekaligus menjadikannya sebagai Pengarah Bola Sepak Remaja FC Barcelona.

Sekiranya bercakap tentang perkembangan akar umbi kelab Catalan itu sudah pasti tumpuan akan terarah kepada Akademi La Masia.

Sebuah akademi popular yang melahirkan ramai pemain hebat Barcelona seperti Lionel Messi, Xavi Hernandez, Andreas Iniesta, Charles Puyol dan ramai lagi.

Dengan pelantikan tersebut, Kluivert telah diberikan tugasan dalam melahirkan lebih ramai pemain berkualiti seperti contoh yang dinyatakan.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru itu, Kluivert nyata gembira dengan kepulangan semula beliau bersama Barcelona.

”Saya sangat gembira kerana dapat kembali ke sini dan memandang ke hadapan untuk menikmati era baru dengan cabaran untuk mengekalkan Barca dalam kalangan pasukan teratas di dunia.”

”Saya membesar di Akademi Ajax, dimana ia serupa seperti La Masia dan saya merasakan saya boleh melakukan banyak perkara dalam pembangunan terhadap pemain muda Barca.”

Patrick Kluivert, 43 tahun, beraksi bersama Barcelona bermula musim 1998/99 sehingga 2003/04 dan berjaya 123 gol dalam 259 penampilannya dalam semua pertandingan bersama kelab tersebut.

Kluivert sebelum ini merupakan penolong kepada pengurus Cameroon, Clarence Seedorf. Kedua-dua mereka bagaimanapun dipecat selepas gagal mempertahankan Kejuaraan AFCON yang dimenangi pada tahun 2017..

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN