10 Pasukan Yang Paling Tajam Di Eropah 2016/17 Setakat Ini

Whoscored telah mengeluarkan senari 10 pasukan yang paling tajam di hadapan gol untuk liga musim 2016/17 setakat ini. Ianya berdasarkan peratusan shots conversion per perlawanan daripada purata cubaan gol per perlawanan.

10. OGC Nice (14.1%)

Kehadiran penggempur berbisa seperti Mario Balotelli benar-benar memberikan sengat kepada pasukan yang bermain di Ligue 1 ini.

Mereka sudah menjaringkan 35 gol setakat ini dengan purata 11.8 cubaan gol per perlawanan.

9. Las Palmas (14.1%)

Antara pasukan yang paling kurang mendapat perhatian di Eropah musim ini. Mereka memiliki kualiti di hadapan gol dengan 28 gol hanya purata 10.8 cubaan gol per perlawanan.

8. Chelsea (14.3%)

Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat Chelsea berada di sini. Mereka sangat klinikal di hadapan gol musim ini.

Eden Hazard, Pedro dan Costa antara penyumbang utama. Chelsea mencatatkan 14.6 cubaan gol per perlawanan menghasilkan 45 gol. Costa sudah menjaringkan 15 gol EPL setakat ini.

7. Borrusia Dortmund (14.4%)

Kepulangan awal Pierre Emerick Aubameyang dari AFCON akan membantu pasukan ini mengekalkan ketajaman di hadapan gol.

Aubameyang sudah menjaringkan 16 gol liga setakat ini. BvB mencatatkan 37 gol daripada 15.1 cubaan gol per perlawanan.

6. Real Madrid (14.5%)

Tahukah anda, Sergio Ramos (6 gol)adalah penjaring kedua terbanyak dalam skuad Real Madrid buat masa ini di belakang Cristiano Ronaldo (12gol). Real Madrid sudah menyumbat 48 gol daripada 18.4 cubaan gol per perlawanan.

5. Hertha Berlin (14.5%)

Kapten mereka, Ibisevic yang berusia 32 tahun adalah penyumbang utama kepada ketajaman mereka di hadapan gol. Mereka mencatatkan 25 gol hasil daripada purata 10.1 cubaan gol sahaja per perlawanan.

4. Espanyol (16%)

Walaupun mereka agak kurang konsisten musim ini. Namun di hadapan gol mereka sangat klinikal. Cuma masalah mereka adalah kurangnya ciptaan peluang. Espanyol meledak 25 gol hanya dari purata 8.8 cubaan gol per perlawanan.

Menjadi satu-satunya pasukan dengan purata cubaan gol kurang daripada 10 per perlawanan dalam senarai kali ini. Kualiti mengatasi kuantiti!

3. Barcelona (16%)

Barcelona kekal antara pasukan yang paling tajam di hadapan gol dengan 51 gol hasil daripada 16.8 cubaan gol per perlawanan. Messi dan Suarez menyumbang 30 daripada 51 gol tersebut.

MADRID, SPAIN – OCTOBER 25: Neymar of Barcelona celebrates after scoring a goal during the La Liga match between Real Madrid CF and FC Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on October 25, 2014 in Madrid, Spain. (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

2. Sevilla (17.%)

Mereka adalah pasukan yang paling tajam di hadapan gol di Sepanyol setakat ini mengatasi Barcelona dan Real Madrid. Mereka menjadi pencabar kejuaraan La Liga buat masa ini dengan 42 gol hanya dengan 12.3 cubaan gol per perlawanan.

1. Monaco (22.2%)

Wow! Itulah pandangan kami. Mereka menjadi satu-satunya pasukan di Eropah dengan kadar shots conversion lebih daripda 20%.

Kebangkitan Falcao musim ini sangat signifikan dengan pencapaian ini. Mereka adalah pendahulu liga ketika artikel ini ditulis.

Monaco mencatatkan 64 gol hanya dengan purata cubaan gol 13.3 per perlawanan. Ia sangat tajam! Jika ia dikekalkan, tidak mustahil pasukan ini akan merekodkan sekitar 100 gol semusim.

Rumusan

Nampaknya pasukan dari Sepanyol mendominasi senarai 10 teratas setakat ini. Tidak ada pasukan dari Serie A di dalam senarai.

Baca juga: Mesut Ozil Jadikan Kesusahan Hidup Sebagai Pembakar Semangat Untuk Berjaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN