Pasukan Mana Yang Bakal Menjadi Juara Liga Super 2015?

Kegagalan JDT untuk meraih sebarang mata di Kota Bharu selepas tewas 1-4 membuka peluang untuk Pahang merampas takhta pendahulu liga berdasarkan jumlah jaringan gol.

a

Pahang turut melepaskan 3 mata berharga di Ipoh setelah terikat 1-1 dengan pasukan Perak dan terpaksa berpuas hati untuk pulang dengan 1 mata .

Tiada siapa yang menjangka skrip detik klimaks Liga Super akan menjadi seperti begini. Dua pasukan teratas berkongsi mata, berkongsi perbezaan jaringan yang sama, dengan hanya baki 2 perlawanan menjadi penentu.

Apa yang berlaku di Kota Bharu?

Sebelum kekalahan 1-4 di Kota Bharu, JDT merupakan pasukan yang memiliki rekod pertahanan yang terbaik di liga apabila hanya bolos 11 gol dalam 19 perlawanan.

Di bawah kendalian Mario Gomez, JDT masih mengekalkan identiti permainan hantaran pendek dan gemar menguasai bola, tetapi jentera pertahanan mereka tampil lebih konservatif  – tidak bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Tetapi Kelantan mendedahkan kelemahan ketara jentera pertahanan JDT dengan memperkenalkan serangan berintensiti tinggi, tempo permainan yang pantas. Pertahanan JDT juga gagal menyaingi kekuatan fizikal Austin Amutu dan Gilmar.

gilmarvsjdt41

Apa yang berlaku di Ipoh?

Di Ipoh, Pahang yang hadir tanpa kelibat Matthew Davies yang digantung perlawanan. Saifulnizam Miswan kembali ke posisi asalnya, bek kanan, manakala Shahrizan Salleh beraksi sebagai bek kiri.

Perubahan terbesar Perak dalam perlawanan itu adalah mengetepikan pemain yang diibaratkan sebagai headless chicken oleh penyokong mereka, Horace James. Dengan Chad Souza dan Namkung Woong yang masih cedera, Bobby Gonzalez dan Norhakim Isa dipilih untuk mengetuai jentera serangan.

Cuaca yang hujan dan basah menyukarkan Pahang untuk beraksi baik seperti biasa. Dengan hanya Bobby Gonzalez sebagai penyerang tunggal, Perak mempunyai kelebihan pemain di jentera tengah, sekaligus menyukarkan Zesh Rehman dan Hafiz Kamal untuk menguasai jentera tengah seperti biasa.

DSC_1966

Baki 2 Perlawanan terakhir ibarat 2 Final Penting .

Lawan Pahang untuk 2 baki perlawanan liga adalah Felda United (home ) dan Terengganu (away).

Manakala JDT pula bakal bertembung dengan Perak (home) dan Felda United (away) .

b

c

Perlu diingat, lawan Pahang pada hari ini, Felda United, baru sahaja segar daripada kemenangan 1-0 menentang Terengganu, pasukan yang mencatatkan 6 kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Bagaimanapun Pahang masih pilihan utama untuk menang ke atas Felda United kerana kekuatan mereka – serangan melalui pemain sayap, R. Surendran atau Azamuddin Akil – mampu memberikan mimpi ngeri kepada kelemahan utama Felda – bek kiri, Adib Aizuddin.

Malah Pahang juga belum pernah kalah di Stadium Darul Makmur pada musim ini. Mereka menang 8 kali dan hanya seri 2 kali di halaman sendiri pada musim ini.

JDT pula bakal menentang Perak pada malam ini.

Jika ada satu fakta yang mampu menenangkan hati penyokong JDT selepas kekalahan 1-4 kepada Kelantan 3 hari lepas adalah JDT belum pernah kalah di Stadium Larkin sejak 2013.

Lebih memuaskan , JDT memegang rekod bersih 100% kemenangan di Larkin dalam Liga Super musim ini .

Perak pula masih belum mencatatkan sebarang kemenangan sejak 6 perlawanan liga yang lepas.

Dengan kecederaan 2 penyerang utama mereka, Chad Souza dan Namkung Woong, Perak dijangka akan menghadapi kesukaran di Larkin.

Tak cukup dengan itu 3 pemain pertahanan utama mereka, Idris Ahmad, Hisyamuddin Syaari dan Tuah Iskandar, juga tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Kesimpulan

Jika Pahang dan JDT dijangka untuk menang pada malam ini, ia akan membawa saingan perebutan liga ke perlawanan terakhir – seperti yang berlaku pada musim lepas antara Selangor dan JDT.

Apa yang membuatkannya lebih menarik, lawan mereka pada perlawanan terakhir – Terengganu dan Felda United – bukanlah lawan mudah. Felda hanya kalah 2 kali di halaman sendiri pada musim ini. Terengganu pula baru tewas sekali di bawah kendalian Haji Ahmad Yusof.

Siapa yang bakal menjadi juara? Persoalan ini hanya boleh dijawab pada minit-minit terakhir perlawanan terakhir liga pada Sabtu nanti.

 

Sumber: asiana.my

Baca juga: BAGAIMANA EKSPERIMEN ZAINAL MENGUNTUNGKAN HAFIZ KAMAL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN