Realitinya tidak ada perkara yang boleh dianggap percuma di dalam kehidupan ini. Apatah lagi jika anda mahukan barang ‘baik’.
Ia pasti datang dengan harga yang harus dibayar untuk mendapatkannya.
Begitu juga dengan pemain muda keluaran Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD).
Baru-baru ini, Majlis Sukan Negara (MSN) berkata pasukan Liga Malaysia yang mahukan khidmat pemain dari AMD harus membayar pampasan, sebelum pemain tersebut boleh menyertai mereka.
“Kalau ada mana-mana pasukan atau kelab terpaksa mengeluarkan puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan khidmat pemain AMD,…
Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, December 24, 2019
Kemudian tampil beberapa pihak mempersoalkan langkah MSN mengenakan pampasan tersebut.
Sehubungan dengan itu, semua pihak harus menerima hakikat tersebut. Apatah lagi rata-rata pasukan bertanding di Liga Malaysia pada hari ini tidak mampu menghasilkan generasi baru pemain berkualiti untuk mewakili negara.
Malah kewujudan AMD juga adalah kerana kegagalan pasukan-pasukan di Liga Malaysia memiliki akademi bola sepak sendiri selama ini.
AMD Mahu Hasilkan Pemain Lebih Baik Dari Luqman Hakim – https://t.co/Igp47jLjaA pic.twitter.com/mtvWVY7dXr
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 20, 2019
“Dunia bola sepak sedang berubah dan Pampasan Latihan itu kita hanya ikut kaedah yang diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malysia (FAM), Stuart Ramalingam kepada Bernama semalam.
Menurut garis panduan yang ditetapkan oleh FIFA, pasukan perlu membayar sekurang-kurangnya USD2,000 (RM8,280) untuk seorang pemain.
Namun Stuart berpendapat jumlah pampasan itu tidak sesuai dikenakan ke atas pemain keluaran AMD yang berstatus pelatih elit.
“Jumlah ditetapkan FIFA itu mungkin bersesuaian untuk akademi yang tidak mengeluarkan kos terlalu besar.
“Tetapi di AMD kos yang dibelanjakan amat tinggi jadi mungkin kita boleh naikkan sedikit Pampasan Latihan itu.
First batch @NFDPOfficial! Habis SPM & selepas ini masing-masing akan memulakan karier bola sepak mereka.
Total keseluruhan 34 pemain termasuk Luqman Hakim, Harith Haiqal & Umar Hakeem yang kini bersama #HarimauMalaya B-22 di #SEAGames2019. Goodluck, guys! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/b2j1Yd6JBz
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 27, 2019
“Bila kos tinggi kita perlu buat sesuatu untuk tampung balik kos dikeluarkan.
“Ia bukan langkah untuk membuat untung tetapi kita perlu liputi kos untuk melabur semula wang untuk mengeluarkan lebih banyak pemain berbakat,” jelas beliau lagi.
Dalam laporan yang sama semalam, Stuart turut mengesahkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan didaftarkan secara rasmi di bawah FAM bermula tahun hadapan.