Negeri Sembilan Sasar Dua Tempat Teratas Liga Premier 2020

Slot ke Liga Super 2021. Itulah sasaran Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk musim hadapan.

Ia juga bermakna skuad Rusa mahu mengejar dua kedudukan teratas di saingan Liga Premier 2020.

Sehingga kini, Negeri Sembilan dianggap telah melakukan rombakan terhadap skuad Liga Premier mereka termasuk dengan pengambilan jurulatih baharu bagi menghadapi saingan musim hadapan.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang,” kata Satwant dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysian Football League (MFL) semalam.

Selain daripada melantik pengendali skuad Piala Presiden musim lalu, Sazali Saidon, Negeri Sembilan turut membawa masuk tujuh pemain baharu.

Antaranya ialah pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.

Lima pemain lain pula ialah bekas penyerang Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang, Che Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, bekas pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.

Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi di Liga Super ialah pada musim 2018.

Pada musim lalu, Negeri Sembilan menduduki tangga ke-6 Liga Premier, menghasilkan 29 mata daripada 20 perlawanan yang dilalui.

 

 

FOTO: PBNS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN