Musim ini Kelantan nyata mempamerkan rentak permainan yang sangat positif dengan mencatat kemenangan bersih dalam tiga perlawanan berturut-turut serta hanya bolos satu gol sahaja setakat ini.
Terbaharu, skuad ini terus mengukuhkan posisi mereka selaku pencabar kejuaraan Liga Premier apabila menewaskan UiTM FC dengan keputusan 3-0 untuk terus memberi khabar gembira dalam kalangan para penyokong The Red Warrior.
Latihan 24 Mac 2022
Padang USIM, NILAI
____________📸 | Skuad The Red Warriors kendalian Rezal Zambery Yahya selesai menjalani sesi latihan terakhir pada hari ini menjelang perlawanan malam esok bertemu UITM FC di Stadium UITM Shah Alam.#TheRedWarriors #GomoKelateGomo pic.twitter.com/poBshrmu1l
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) March 24, 2022
Walaupun begitu, Rezal Zambery Yahya selaku pengendali utama Kelantan menegaskan pada anak buahnya supaya tidak terlalu berasa selesa dengan apa yang sedang dikecapi ketika ini dan mahu mereka terus fokus kerana pasukan lain pastinya akan memberi cabaran yang lebih getir untuk mencabar kelab tersebut.
“Kita ambil perlawanan demi perlawanan. Saya sudah ingatkan kepada pemain bahawa apa yang penting adalah persembahan mereka pada setiap perlawanan.
“Tidak mudah untuk mendapatkan tiga mata kerana perlu ada usaha dan kerjasama antara satu sama lain. Kita perlu terus meningkatkan lagi persembahan dan cabaran lebih besar menanti kita untuk aksi pada bulan Ramadan nanti.
“Saya rasa pasukan lain akan memandang Kelantan FC sebagai cabaran dan mereka akan bermain lain daripada lain (apabila bertemu Kelantan FC). Jadi kita bersedia untuk lebih berdaya saing selepas ini,” katanya menerusi Berita Harian.
Dalam masa sama, Rezal juga akui anak buahnya berada dalam prestasi terbaik dan mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan dan hasil daripada sesi latihan mereka sangat memberansangkan untuk Kelantan terus mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan agar mampu menjadi juara Liga Premier musim ini.
“Pemain sudah berani untuk melakukan hantaran ke depan. Kita lihat ketiga-tiga gol kita dengan situasi bola mati, memang ini adalah perancangan kita. Jadi ia satu perkara yang positif buat pasukan.
“Pemain juga nampak lebih berkeyakinan dan walaupun hanya ada beberapa hari untuk melakukan persiapan selepas aksi terakhir berdepan skuad Projek FAM-MSN, pemain menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang baik,” katanya.
Musim ini Kelantan tampak serius mahu kembali ke saingan Liga Super apabila mereka membuat rombakan dari segi barisan pemain termasuk mengikat empat serangan import untuk memperkukuhkan posisi tersebut.
Antara import yang mencuri tumpuan ialah pemain kebangsaan Lubnan iaitu Fadel Antar dan juga penyerang kebangsaan Haiti iaitu Kerverns Belfort.
Dalam masa sama mereka juga mendapatkan khidmat pemain tempatan berpengalaman seperti Khairul Helmi Johari, Osman Yusoff serta pemain sayap lincah iaitu Farhan Roslan dalam misi mahu melayakkan diri kembali ke Liga Super musim hadapan.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!