Dalam bola sepak, kesilapan teknikal pernah berlaku tidak kira di ketika perlawanan atau pun tidak.
Baru-baru ini, Kedah telah melakukan kesilapan teknikal dengan menurunkan Rizal Ghazali ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super pada 3 Ogos yang lalu.
Rizal yang ketika itu digantung kerana telah mengutip 3 kad kuning. Namun Kedah tetap menurutkan beliau.
Oleh itu pihak FAM membatalkan kemenangan Kedah dan memberikan kemenangan percuma kepada Pahang.
Pernahkah insiden ini berlaku di tempat lain? Kami senaraikannya!
Pasukan B-20 tahun Kenya
Perkara ini berlaku pada bulan April 2016 ketika pasukan B-20 tahun Kenya menentang pasukan B-20 tahun Sudan untuk kelayakan Piala Negara-Negara Afrika B-20 tahun.
Sudah membuat laporan kepada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) kerana Sudan meletakkan pemain melebihi had umur.
Syarat menghadkan setiap negara membariskan 5 pemain yang latih pada tahun 1997 dan ke atas. Tetapi Kenya membariskan pemain yang lahir pada 1996.
CAF membatalkan penyertaan Kenya, dan Sudan layak ke pusingan seterusnya.
Holy Mount Zion
Holy Mount Zion (HMZ) adalah pasukan yang beraksi di Liga Bola Sepak Maccabi Selatan di Israel.
Mereka pernah didenda kerana membariskan pemain bukan berketurunan Yahudi.
Peraturan di liga berkenaan mewajibkan semua pemain mestilah berketurunan Yahudi dan bukannya berketurunan lain.
2 pemain tersebut ialah Danny Potter dan Simon Laub dipanggil sebagai Mariusz dan Javier sebagai mengaburi pihak liga.
Bagaimana pun, penyamaran itu tidak berjaya kerana pihak liga berjaya menemui laman Facebook 2 pemain tersebut dan ia jelas menunjukkan 2 pemain tersebut tidak berketurunan Yahudi.
Selain 2 pemain tersebut, terdapat 6 lagi pemain HMZ yang disyaki bukan berketurunan Yahudi. 6 pemain tersebut perlu membuktikan kepada pihak liga yang mereka benar-benar berketurunan Yahudi.
Brighton & Hove Albion
Ketika Gus Poyet menjadi pengurus Brighton & Hove Albion pada 2010. Pasukan lawannya telah melakukan satu kesilapan dengan meletakkan pemain yang tidak sah beraksi dalam perlawanan.
Dalam perlawanan menentang Hartepool United yang menyaksikan pasukan bimbingan Poyet tewas 2-0. Hartepool telah meletakkan penjaga gol iaitu Gary Liddle.
Liddle bagaimana pun ketika itu sedang menjalani hukuman gantung 2 perlawanan setelah mengutip 10 kad kuning pada perlawanan-perlawanan sebelumnya.
Hartepool kemudiannya didenda potong 3 mata dan perlu membayar denda £3,500 (RM 17,900).
Pasukan Olimpik New Zealand
Dalam kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Rio 2016. Pasukan New Zealand telah dibatalkan penyertaan mereka kerana menurunkan pemain yang bukan berwarganegara New Zealand.
Kesalahan itu dilaporkan oleh Persatuan Bola Sepak Vanuatu kerana ketika perlawanan melibatkan New Zealand dan Papua New Guinea, New Zealand menurunkan Deklan Wynne (gambar bawah).
Wynne merupakan penduduk tetap New Zealand yang berasal dari Afrika Selatan.
Pemain yang berusia 21 tahun itu tidak menepati syarat untuk tinggal di New Zealand sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum usia 18 tahun untuk layak bermain untuk New Zealand.
Disebabkan itu, New Zealand dibatalkan penyertaan mereka dalam kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016.
Real Madrid
Pada musim lalu, Rafael Benitez telah melakukan kesilapan dengan menurunkan Denis Cheryshev dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol.
Hal ini kerana Cheryshev telah mengutip 3 kad kuning dalam kejohanan tersebut pada musim sebelumnya ketika menjalani sesi pinjaman di Villareal.
Pergantunggan itu dibawa ke musim seterusnya dan Real Madrid tidak perasan yang Cheryshev rupanya masih terlibat dengan pergantungan.
Real Madrid disingkirkan dari kejohanan perlu membayar denda €6,001 (RM 27,400) dan kemenangan percuma kepada lawan mereka ketika itu – Cadiz.
Ironinya, Cheryshev menjaringkan gol pembukaan perlawanan itu!
Kesimpulan
Kesilapan-kesilapan teknikal ini jelas menunjukkan bahawa kita semua ini adalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.
Ia tidak kira dimana jua, sama ada di Malaysia, New Zealand ataupun di Sepanyol yang terletaknya pasukan utama seperti Real Madrid.
Bukan manusialah kita jika kita tak pernah lakukan kesilapan.
Baca juga: Tak Hormat Pengurus, Granziano Pelle Dsingkir Dari Skuad Itali