Parlimen Catalonia Umum Kemerdekaan Dari Sepanyol

Seperti yang dijangka, parlimen Catalonia telah mendapat undi majoriti untuk mengumumkan kemerdekaan daripada Sepanyol hari ini.

Dalam dewan parlimen yang menempatkan 135 kerusi parlimen, sebanyak 70 ahli parlimen bersetuju dengan usul untuk mengumumkan kemerdekaan daripada Sepanyol. 10 ahli parlimen lain menentang usul tersebut manakala 2 lagi berkecuali.

Keputusan undian ini hadir ketika kerajaan pusat Sepanyol sedang berkira-kira untuk melaksanakan undang-undang khas yang membolehkan mereka mengambil semula kuasa autonomi kerajaan Catalonia.

Sejurus selepas pengumuman ini keluar, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy memberi kenyataan supaya rakyat Sepanyol kekal bertenang sambil berjanji “akan mengembalikan undang-undang” di Catalonia.

MADRID, SPAIN – OCTOBER 27: Spain’s Prime Minsiter Mariano Rajoy speaks during a plenary session to approve article 155 of the Spanish Constitution at the Spanish Senate on October 27, 2017 in Madrid, Spain. The Parliament of Catalonia is meeting for a two day plenary session to debate the application of Article 155 of the Spanish Constitution in Catalonia and its possible effects on the region’s autonomy. (Photo by Pablo Blazquez Dominguez/Getty Images)

Mariano Rajoy sebelum ini telah menyeru semua senatornya untuk mengundi ‘ya’ kepada usul kerajaan pusat untuk melaksanakan Artikel 155 dalam Perlembagaan Sepanyol.

Ketika ini, undian sedang berlangsung.

Artikel 155 dalam Perlembagaan Sepanyol memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk “mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memaksa keamanan” di sesebuah wilayah jika berlaku krisis.

Artikel 155 ini akan membolehkan kerajaan pusat di Madrid memecat pemimpin-pemimpin kerajaan Catalonia dan mengambil alih hal ehwal kewangan, polis dan media.

Kerajaan Catalonia sebelum ini mengumumkan 90% pengundi dalam referendum kemerdekaan mereka telah mengundi ‘mahu merdeka dari Sepanyol’.

Kerajaan pusat Sepanyol bagaimanapun mengumumkan referendum tersebut “tidak sah” kerana melanggar Perlembagaan Sepanyol.

Selain itu, fakta bahawa kerajaan Catalonia tidak meletakkan syarat minimum peratusan mengundi (voter turnout) dalam undang-undang referendum mereka juga dijadikan alasan kerajaan pusat Sepanyol tentang mengapa referendum tersebut “tak sah”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN