AC Milan vs Juventus Diikuti Di Lebih 200 Negara, Maaf! Tiada ‘Live’ Di Malaysia!

Perlawanan di antara Milan dan Juventus kembali menjadi perhatian dunia. Sebelum ini, perlawanan ini memang diberikan perhatian tetapi tidaklah seperti yang ada pada hari ini.

Ia mengingatkan kita kepada era sebelum skandal calciopoli. Difahamkan tiket perlawanan untuk perlawanan ini sudah lama habis dijual.

Di hari, Leonardo Bonucci disahkan menjadi pemain dan kapten baru Milan, sudah berpuluh ribu tiket dibeli penyokong untuk menyaksikan perlawanan ini.

Namun malangnya Leonardo Bonucci digantung untuk perlawanan ini. Jika beliau ada di padang sudah pastinya perlawanan ini lebih panas.

Milan-Juventus, dijadualkan pada beraksi dalam sepak mula pada hari ini pukul 6 petang waktu di Itali bertempat. Perlawanan kali ini akan berlangsung di San Siro.

Sebanyak 78,328 penyokong sudah pun bersiap sedia memenuhkan gelanggang keramat San Siro pada hari ini.

Serie A telah menjual hak penyiaran perlawanan ini kepada lebih 200 buah negara yang akan menyaksikan perlawanan blockbuster ini secara langsung.

Menjadikan perlawanan ini berpotensi menjadi perlawanan yang paling menguntungkan dalam sejarah Serie A.

Sayangnya di Malaysia, perlawanan ini tidak dapat diikuti kerana stesen tv satelit negara kita tidak mengambil hak penyiaran Serie A. Gergasi penyiaran  seperti Mediaset, Sky, Rai, beIN Mena, beIN Miami, beIN France, PPTV, DigiSport Hungary dan Sky Perfect Japan antara yang membeli hak penyiaran untuk perlawanan ini.

Dijangka 730 juta penonton akan menyaksikan perlawanan ini. Seramai 250 wartawan dari Itali dan wartawan dari luar Itali akan melakukan liputan. 50 jurugambar dan 300 orang operator audio diberikan hak esklusif untuk perlawanan ini.

Antara VIP yang akan hadir dalam perlawanan ini ialah Franco Baresi, Filippo Galli, Daniele Massaro, Paolo Maldini, Pietro Vierchowod, Massimo Oddo, Mauro Tassotti, dan Christian Vieri antara nama sebahagian nama yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ke San Siro.

Ramai lagi VIP sudah pun mengesahkan kehadiran mereka termasuk jurulatih Itali dan staf kejurulatihan beliau.

Pihak AC Milan sudah pun membuat hebahan menasihatkan agar semua yang mahu datang ke stadium untuk bergerak awal. Ini kerana, bandar Milan akan menjadi sesak!

Boleh kami tahu 2 perkara daripada anda?

Pertama, apa yang anda akan jangkakan daripada pertarungan ini?

Kedua, siapa akan menang dalam perlawanan ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN