Park Hang-seo Tegaskan Dirinya Tak Pernah Terfikir Untuk Jadi Pengendali Indonesia

Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo sehingga kini masih lagi belum mengesahkan status beliau untuk melatih mana-mana pasukan baharu, selepas beliau secara rasminya berpisah dengan negara tersebut selepas saingan Piala AFF 2022 berakhir.

Hadir dengan reputasi yang tinggi bersama Vietnam, pastinya nama beliau sudah pun berada dalam radar mana-mana pasukan yang cuba untuk mendapatkan khidmatnya pada masa akan datang.

Terbaharu, nama Hang-seo secara tiba-tiba menjadi siulan di media sosial mengenai dirinya yang dikaitkan bersama Indonesia untuk menggantikan khidmat Shin Tae-yong.

Ini kerana, Tae-yong sebelum itu telah dikhabarkan akan berpisah bersama Indonesia sebelum status beliau diumumkan semalam untuk kekal sebagai pengendali Sang Garuda.

Selepas kegagalan Tae-yong untuk membantu Indonesia meraih gelaran juara Piala AFF 2022, segelintir penyokong mula mempersoalkan kredibiliti beliau serta membandingkan jurulatih itu kepada Hang-seo.

Namun, Hang-seo menolak khabar tersebut dengan menganggap ia merupakan sesuatu yang karut untuk diterima atas beberapa sebab.

Jelas beliau, ianya merupakan sesuatu yang tidak benar mengenai dirinya akan menjadi pengganti kepada Tae-yong berdasarkan situasi semasa.

Menurut pendapat Hang-seo, beliau sendiri bingung akan perkhabaran tersebut kerana menganggap Tae-yong sudah menjalankan tugas semasanya dengan sangat baik bersama Indonesia.

Malah, beliau sendiri tidak pernah berfikir sama sekali untuk mengambil tanggungjawab daripada Tae-yong untuk menjadi pengendali baharu Indonesia pada masa akan datang.

“Pada pendapat saya, Tae-yong sehingga kini sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat baik bersama Indonesia.

“Bagaimana cerita saya akan bersama pasukan tersebut boleh timbul? Ianya jelas hanya palsu semata-mata,” jelas Hang-seo menerusi Bola.com.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan dirinya tidak akan menyambung karier selaku pengendali pasukan di Korea Selatan pada masa akan datang atau kembali bersama Vietnam.

Tambah Hang-seo, sehingga kini Korea Selatan sudah pun mempunyai barisan kejurulatihan muda yang jauh lebih berbakat serta berkualiti berbanding dirinya.

“Saya sudah lama meninggalkan dunia kejurulatihan di Korea Selatan, serta pada masa sama mereka juga kini mempunyai barisan jurulatih lebih muda serta sangat profesional,” tambah Hang-seo.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN