Park Hang-seo Dapat Tiket Kapal Terbang Seumur Hidup

Meskipun telah menamatkan kontrak secara rasmi bersama pasukan bola sepak Vietnam selepas kejohanan Piala AFF 2022 baru-baru ini, nama Park Hang-seo terus menjadi sebutan dek kerana jasa serta kecemerlangan beliau bersama mereka.

Terkini, pihak penerbangan Vietnam Airlines mengambil pendekatan dengan memberi tiket kelas bisnes kepada beliau dan isterinya selepas mengambil kira sumbangan yang telah diberikan kepada skuad Naga Emas.

Bukan sekali penerbangaan tetapi boleh menaiki kapal terbang selagi hayat dikandung badan!

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Ini bermaksud, jika beliau teringin kopi Vietnam atau masakan dari negara itu, Park boleh terus menaiki kapal terbang tersebut tanpa perlu membeli dan boleh pergi serta balik pada hari yang sama.

Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) tidak berhasrat untuk melepaskan Park kerana beliau antara jurualtih yang begitu cemerlang bersama pasukan kebangsaan.

Peranan yang dimainkan oleh beliau sangat besar dan kini Vietnam telah menjadi antara pasukan terkuat di ASEAN dan begitu sukar untuk mengalahkan mereka.

Tidak nafikan sikap angkuh dan sombng beliau yang agak menyakitkan hati peminat terutama dari Malaysia tetapi itu adalah sebahagian keseronokan dalam bola sepak.

Apa yang beliau lakukan itu tidak salah kerana dirinya telah membuktikan dengan peroleh keputusan positif untuk skuad kendaliannya.

Pengendali dari Korea Selatan ini memulakan tugas bersama skuad B-23 pada tahun 2017 dan disebabkan kejayaan yang diperoleh, dirinya turut diberi tanggungjawab membawa skuad senior.

Antara kejayaannya adalah membawa pasukan B-23 ke pentas akhir Piala AFC dan mempertahankan kejuaraan Sukan SEA dua edisi berturut-turut pada 2019 dan 2021.

Ketika bersama skuad utama pula, Park menjulang Piala AFF pada tahun 2018 dan naib juara tahun 2022.

Detik paling manis bagi bola sepak negara tersebut adalah mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan berjaya mencatat keputusan positif ketika bertemu gergasi Asia.

Difahamkan, pengendali berusia 65 tahun ini telah menerima banyak tawaran dan sedang memikirkan untuk memilih destinasi seterusnya.

Untuk melihat dirinya ke Malaysia mungkin sukar tetapi jika berjaya, pasti bola sepak Harimau Malaya akan terus maju.

Adunan dua pengendali dari Korea Selatan untuk pasukan kebangsaan pasti akan menghasilkan ramuan kejayaan di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN