Ini mengejutkan, tiada siapa yang menyangka!
Kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dikhabarkan mahu mendapatkan pemain Tottenham Hotspur iaitu Dele Alli menjelang Januari ini.
Beliau yang kini ibarat melukut di tepi gantang kini tidak lagi menjadi pilihan utama untuk beraksi oleh pengurus Jose Mourinho.
Laporan BBC Sport mengatakan yang PSG kini dalam usaha kali kedua untuk membawa Alli ke Parc Des Princes pada jendela perpindahan musim sejuk ini.
Sebelum ini, PSG pernah cuba mendapatkan Alli namun usaha tersebut gagal dilaksanakan.
Kelibat Alli kini ibarat sudah lagi tiada di Tottenham selepas pemain itu tidak lagi dimasukkan dalam skuad Premier League selepas kemenangan 6-1 mengatasi Manchester United di awal musim.
Alli dimasukkan dalam barisan pemain simpanan menentang Royal Antwerp dalam aksi Europa League baru-baru ini namun beliau tidak digunakan.
Mourinho turut memberikan gambaran yang Alli bukanlah berada dalam perancangannya selepas tempoh hari mengatakan yang dirinya sukar untuk memastikan semua pemain gembira.
Oleh itu, adalah logik untuk Alli meninggalkan utara London untuk kota cinta Paris untuk memastikan dirinya tidak terlepas lebih banyak minit permainan sekaligus tidak menipiskan peluangnya untuk menduduki skuad England menjelang saingan EURO.
Baca juga artikel kami mengenai Dele Alli:
Dele Alli: Saya Terkejut Pemain Hebat Seperti Morata Mengajak Untuk Tukar Jersi
Dele Alli: ‘Terlalu Yakin Dan Pandang Rendah Man United Punca Kami Kalah’