Paris Saint-Germain Sedia Bida Christian Eriksen Dengan Nilai £100 Juta

Tottenham Hotspur tidak melakukan sebarang pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan pemain pada musim panas ini.

Tindakan itu nyata menggusarkan penyokong pasukan mereka selepas jendela perpindahan telah pun ditutup.

Walaupun jendela perpindahan bola sepak Inggeris sudah pun ditutup, namun ia tidak menghalan kelab luar England untuk membeli pemain dari pasaran tersebut.

Menurut laporan Fox Sports, kelab Ligue 1 iaitu Paris Saint-Germain kini (PSG) kini bercita-cita tinggi untuk mendapatkan perancang utama Tottenham Hotspur iaitu Christian Eriksen.

PSG dikatakan cukup bernafsu untuk mendapatkan Eriksen dengan kelab Perancis tersebut dikatakan bersedia untuk menawarkan yuran perpindahan sebanyak £100 juta untuk pemain tersebut.

Eriksen yang merupakan pemain kebangsaan Denmark dikatakan belum lagi menandatangani sebarang kontrak baharu bersama Tottenham Hotspur.

Hal ini kerana tindakan beliau itu dipercayai kerana Eriksen sedang mempertimbangkan kebarangkalian akan ada tawaran dari kelab-kelab utama Eropah yang lain yang inginkan khidmat beliau.

Perkara ini seharusnya dielakkan oleh Tottenham Hotspur apabila melihat kepada aktiviti ketika jendela perpindahan yang cukup tidak aktif.

Penyokong kelab tersebut semestinya tidak mahu kehilangan pemain utama mereka dikala pengganti hanya boleh dicari pada jendela perpindahan pada bulan Januari sahaja.

during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Leicester City at Wembley Stadium on May 13, 2018 in London, England.

Namun kemungkinan perpindahan ini untuk berlaku sememangnya ada.

Tottenham Hotspur hanya akan melepaskan Eriksen seandainya mereka mahu mendapatkan wang pantas bagi menampung kos membina stadium baharu mereka.

Jadi adakah Eriksen akan berpindah ke PSG? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN