Bintang Argentina, Paolo Dybala mengakui gembira bermain di samping Cristiano Ronaldo dan beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan pasukannya, Juventus apabila pintu perpindahan kedua dibuka.
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris,Manchester United sebelum ini dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu dan menyatukan kembali dengan bekas rakan sepasukannya, Paul Pogba.
Dybala: "I am NOT going to Manchester United"https://t.co/OqIvHZ52ve pic.twitter.com/l0M2ZxCeo5
— AS USA (@English_AS) November 15, 2018
Dybala tidak mahu berfikir tentang perpindahan ke pasukan lain
Pemain yang berusia 25 tahun itu menjaringkan gol tunggal ketika kemenangan 1-0 Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, Oktober lalu.
Peranannya kini terpaksa diubah ekoran kemasukan Ronaldo dalam pasukan.
Bekas pemain Palermo itu menjaringkan dua gol dalam sembilan penampilan liga musim ini, namun dia tidak berminat untuk meninggalkan pasukan juara Serie A tersebut.
Paulo Dybala distances himself from Manchester United transfer talkhttps://t.co/nXTX7qc5M9
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 16, 2018
“Saya tidak terfikir langsung tentang perpindahan.
“Saya gembira bersama Juventus dan sedang fokus untuk memenangi kesemua gelaran di sini,” katanya kepada Mirror Football.
Selesa berganding dengan Ronaldo dalam skuad Juventus
Ronaldo mencuri perhatian selepas menjaringkan sembilan gol dalam semua kejohanan sebaik berpindah daripada Real Madrid.
Dybala yakin dia mampu bekerjasama dengan penyerang itu bagi membentuk gandingan yang harmoni buat Juve.
“Kami gembira untuk bergandingan sejak Ronaldo tiba di sini.
“Kami berganding dengan baik setakat ini dan menjaringkan gol-gol penting buat Juve.
EXCLUSIVE: Paulo Dybala on the key change Cristiano Ronaldo has made at Juventus this season https://t.co/02VTxRG4Vu pic.twitter.com/kvDO5XeEja
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 15, 2018
“Cristiano baru tiba di sini, namun kami tahu kepentingannya kepada pasukan.
“Kami cukup mengenali corak permainannya.
“Sudah pasti kami perlu melakukan beberapa perubahan, namun kami gembira dapat menghasilkan jaringan bersama-sama,” katanya.