Fantasy Football SCL2018: 5 Pemain Yang Perlu Ada Dalam Pasukan Anda Bagi Minggu 9

Saingan peringkat kumpulan Selangor Champions League 2018 (SCL2018) sudah memasuki aksi terakhirnya minggu ini yang menyaksikan empat pasukan masih merebut dua slot ke peringkat kalah mati.

Klang Southern FC dan MPKJ The Lions bersaing merebut slot dalam kumpulan A manakala Cheras Raptors dan Kajang AZS pula bagi kumpulan B.

Menarik untuk disaksikan penentuan perebutan tempat itu, tambahan keempat-empat pasukan mempamerkan aksi yang memberangsangkan sepanjang musim ini.

Dalam pada itu, jangan dilupakan juga Fantasy Football SCL2018 yang terus menawarkan hadiah mingguan berupa wang tunai RM 500.00 serta jersi eksklusif sumbangan Kaki Jersi.

Kini, disertakan 5 pemain perlu ada dalam pasukan anda minggu ini dapat usaha merebut hadiah mingguan itu.

1) Addurazzag Alkanouni (Kajang AZS) – 9.0

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mido’ ini mengganas pada perlawanan minggu lalu bertemu Gombak Hypernova FT selepas meledak hatrik serta turut mencipta 3 bantuan jaringan.

Perlawanan terakhir yang menjadi penentu kemaraan ke saingan suku akhir pasti membuatkan Mido akan bertindak lebih garang apatah akan bertemu Cheras Raptors yang turut mengintai peluang untuk mara.

Beliau kini memungut mata tertinggi bagi Fantasy Football SCL2018 dengan mencatatkan 75 mata. 4 mata meninggalkan Desmond Amadi (Axis-O2 PJ FC) di tempat kedua.

2) Phillip Abbah Eugine (Kajang AZS) – 9.0

Rakan sepasukan Mido ini turut cemerlang dengan ledakan empat gol yang menyaksikan Kajang AZS membelasah Gombak Hypernova FT 7-1 itu.

Gandingannya bersama Mido sudah pasti akan memberikan kesukaran buat Cheras Raptors pada perlawanan yang bakal berlangsung pada Ahad nanti.

Tidak mustahil Phillip Abbah bakal menjadi duri dalam daging buat lawan mereka nanti dek kerana ketajaman penyudah serta kualiti yang dimilikinya.

3) Fauzi Adnan (MPKj The Lions) – 6.0

Selepas tidak beraksi pada minggu lalu akibat Banting Naga FC yang tidak kelihatan di padang perlawanan (kemenangan percuma 3-0 buat MPKj), penulis sekali lagi melihat kapten MPKj The Lions ini mampu untuk menjadi penyumbang mata buat pasukan anda.

Beliau mampu untuk menjadi penggerak utama buat pasukan dalam mengimbangi serangan pantas yang bakal dihadapi pada perlawanan minggu ini.

Berdepan Puchong Fuerza yang sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati, Fauzi dan MPKj hanya memerlukan satu mata untuk mengiringi lawan tersebut ke suku akhir sekaligus menggagalkan usaha Klang Southern FC yang turut mengintai peluang.

4) Saiful Aula (Klang Southern FC) – 6.0

Aula yang beraksi buat pertama kali untuk Klang Southern FC pada minggu lalu menentang Axis-O2 PJ FC (tewas 2-0) dilihat mampu merencana jentera tengah dengan baik.

Beliau bijak menghidu peluang untuk melakukan hantaran menarik kepada rakan sepasukan, nyata ia menjadi senjata buat Aula.

Merupakan seorang pemain futsal yang cukup baik dan baru sahaja selesai menjalani latihan skuad futsal kebangsaan, soal kecergasan pasti tidak mendatangkan masalah buat beliau.

5) Medina Mbeguere (Duta ZXIV) – 10.0

Walaupun pasukannya sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, khidmat Medina sudah pasti masih ditagih Duta ZXIV untuk menamatkan saingan dengan kemenangan.

Selepas dua perlawanan ketandusan jaringan, Medina kembali dengan jaringan hatrik bertemu Subang City FC.

Mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 10 gol, Medina seharusnya tidak akan melepaskan peluang untuk terus menambah akaun jaringannya apabila akan bertemy CABJ pada perlawanan terakhir nanti.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN