Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil memberikan sudut pandangan beliau berkait keputusan Gareth Southgate mengetepikan Trent Alexander Arnold dari skuad utama England.
Bercakap ketika sesi sidang media menjelang aksi bertemu Brighton dalam saingan Premier League minggu ini, Jurgen Klopp telah ditanya tentang pandangan beliau berkait keputusan Southgate mengetepikan Trent Alexander Arnold.
Southgate meletakkan bintang Liverpool itu dalam senarai pemain simpanan beliau ketika mereka turun beraksi bertemu Itali, namun beliau tidak memberi ruang kepada pemain full-back itu untuk turun beraksi.
Trent Alexander-Arnold: Liverpool boss Jurgen Klopp defends full-back after England omission https://t.co/6mpOwcIUT7
— BBC News (UK) (@BBCNews) September 30, 2022
Alexander Arnold kemudiannya telah digugurkan dari skuad utama England ketika aksi bertemu Jerman dalam saingan Nations League baru-baru ini.
Hal itu sebenarnya telah membangkitkan kemarahan para penyokong Liverpool yang kini mula bimbang bagaimana masa depan pemain berusia 23 tahun itu di pentas Piala Dunia Qatar nanti.
Ketika ditanya tentang pandangan beliau berkait keputusan Southgate, Klopp mendedahkan bahawa:
Jurgen Klopp on Trent Alexander-Arnold: 🗣
"If you judge a player, you think about his overall package. The skillset he has for being influential in possession is mad for a right-back – I don't know if we ever saw a right-back like this." pic.twitter.com/Wn63zJQqr8
— SPORTbible (@sportbible) October 1, 2022
“Adakah kamu benar-benar mahu membuka topik ini? Saya betul-betul nak tahu.”
“Kamu wartawan Inggeris, dan kita sekarang boleh berbincang tentang pemilihan pemain, apa sahaja sehingga bermulanya Piala Dunia, ia antara sebab kenapa kamu semua menjadikan hal seperti ini sebagai tajuk berita sensasi, itu juga sebab kenapa pasukan tak dapat melakukan persiapan yang lebih rapi.”
“Jika kamu tanya pendapat peribadi saya, ia tentu saja akan cetuskan sensasi, itu sudah tentu.”
'You want to create headlines?' 😳
Jurgen Klopp on Trent Alexander-Arnold's omission from Gareth Southgate's England squad that drew with Germany. ❌pic.twitter.com/djKPfpNtwJ
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 30, 2022
Jurgen Klopp kemudiannya menambah lagi bahawa:
“Kamu mahukan itu? ia akan membantu Jerman, mungkin, saya tak begitu pasti, tapi ia memang tak membantu England. Saya tak tahu kenapa kita lakukan itu.”
“Ia adalah situasi, pengurus itu memilih pemain atau tidak, yang mana itu bukan saya tentukan, jelas sekali, jauh berbeza, saya bukan pengurus pasukan itu dan itulah cara mereka diuruskan.”
Pengurus Liverpool itu kemudiannya mempertahankan Alexander Arnold dengan menyatakan yang pemain full back itu merupakan pemain pertahanan yang bagus dan beliau menolak sekeras-kerasnya segala pertikaian tentang kualiti yang dimiliki oleh anak buahnya itu.
What Liverpool boss Jurgen Klopp said to Trent Alexander-Arnold in one-to-one talk after England snub@TheoSquiresECHO ✍️ https://t.co/AViQ2hNgbJ
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 1, 2022
“Ada macam-macam cerita di luar sana, sepanjang masa ada cerita, orang bercakap tentang dia, cakap dia bukan pertahanan yang bagus, itu tak betul, dia seorang pertahanan yang bagus. Orang juga kata dia bukan selalu bertahan dengan sempurna, itu ada betulnya, tapi itulah apa yang kami sedang usaha untuk ubah.”
Tambah Jurgen Klopp lagi.
“Dia masih muda, dia baru 23 tahun dan masih ada ruang untuk melakukan penambah baikkan, itu sudah tentu.”
“Tapi saya fikir kita hanya berbicara tentang hal itu sahaja, cuma kemampuan dia ketika melakukan serangan sangat menakjubkan untuk kami, saya rasa mana-mana pasukan di dunia juga akan rasa hal yang sama andai mereka miliki dia.”