Pahang memerlukan sebarang mata dari perlawanan menentang PKNS FC untuk memastikan mereka memimpin liga sekurang-kurangnya untuk 24 jam.
Ini kerana pendahulu liga, pasukan Kedah akan bermain esok. Pahang memiliki jumlah perbezaan jaringan yang sangat tinggi buat masa ini.
Prestasi semasa
Ia adalah 2 graf yang berbeza. Selepas tewas di tangan Kedah, Pahang berjaya melepasi pusingan Piala FA dan juga 2 kemenangan dalam Liga Super.
Pahang berada di tangga ke-2 liga dibezakan hanya 1 mata dari pendahulu Kedah. PKNS pula berada di tangga ke-8.
PKNS FC pula, bermula dengan goyah musim ini. Namun mereka menang dengan keputusan 5-3 ke atas Selangor dan menewaskan Perak.
Selepas itu mereka tidak menang dalam 3 perlawanan terakhir liga Super. Pahang pula menang 4 daripada 5 perlawanan setakat ini. Menjaringkan 17 gol.
Jumlah terbanyak setakat ini. Namun lawan mereka PKNS adalah pasukan kedua terbanyak bersama dengan Kedah dengan 13 jaringan setakat ini.
Rekod Pertemuan
6 pertemuan terakhir mereka, 5 daripadanya dimenangi oleh pasukan Pahang. Cuma 1 sahaja yang dimiliki PKNS FC.
Pertemuan terakhir, PKNS FC menang dan mengakhiri 6 kekalahan berturut-turut mereka sebelum itu di tangan Pahang.
Taktikal
Dollah Salleh mungkin harus mempertimbangkan untuk mengekalkan formasi 4-4-1-1 yang lebih formasi dan gerakan taktikal di belakang penyerang.
Anda boleh baca penjelasan dalam; Analisis Taktikal MSL 2017: Ashaari Mencantumkan Dua Garisan Dengan Efektif, Melaka Rapuh Bertahan.
Di tengah Syamim jelas menunjukkan dia dalam proses untuk menjadi pemain tengah bertahan yang baik. Ini kerana dia sebelum ini memang seorang defensive winger.
Isu pengurusan skuad yang sarat dengan kualiti juga menjadi aspek yang harus digunakan Dollah secara efektif dan efisien.
PKNS FC pula ada isu dengan pertahanan mereka. Musim ini mereka kerap melepaskan bolos mudah.
Mereka memiliki unit serangan yang konsisten menjaringkan gol. Namun tanpa pertahanan yang baik, memang sukar untuk menang.
Fakta perlawanan
- PKNS tidak menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan
- Pahang telah menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dengan menang 6-1 dan 3-1
- Pahang hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan liga terakhir
- Manakala PKNS telah tewas 5 daripada 10 perlawanan liga Super terakhir
Sebelum wisel
Jika Pahang menang kali ini, mereka akan memberikan tekanan kepada pasukan Kedah pada perlawanan esok.
Manakala PKNS FC seakan-akan ada masalah konsistensi musim ini. Pahang dalam prestasi yang menggerunkan di hadapan gol setakat ini.
PKNS berkongsi dengan T-Team adalah pasukan ke-2 paling bocor selepas Pulau Pinang. Jadi mampukah PKNS menghentikan mesin gol pasukan Pahang?
Baca juga: Melaka Berhadapan ‘Free Scoring’ Pahang, Misi Jadikan Stadium Hang Jebat Sebagai Fortress