Pahang Tak Akan Kemukakan Rayuan, Terpaksa Terima Hukuman FAM

Dalam satu kenyataan media mereka yang dimuat naik di facebook rasmi, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menyatakan yang mereka tidak akan mengemukakan sebarang rayuan di atas hukuman yang dikenakan oleh FAM menerusi kenyataan rasmi oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mengenakan hukuman kepada Pahang yang gagal menghantar pasukan untuk beraksi di Piala AFC seperti selepas mereka diberikan slot tersebut.

Kesannya, Pahang tidak boleh mengemukakan permohonan untuk Lesen AFC selama 2 musim. Pada musim 2019, satu pasukan Malaysia akan beraksi di ACL.

Pahang sebelum ini memberitahu mereka hanya mahu fokus kepada pertandingan domestik untuk musim 2018. Walaubagaimanapun, PBNP menyatakan mereka terpaksa menerima hukuman yang telah diletakkan oleh FAM.

Pada masa yang sama, PBNP memberitahu yang mereka yakin tindakan mereka tidak mahu menyertai Piala AFC 2018 adalah bukan satu kesalahan.

Isu slot kedua Piala AFC 2018 menjadi topik yang terus dibincangkan. Ianya bermula apabila Kedah gagal mendapat lesen AFC kerana masalah audit kewangan.

FAM-FMLLP telah memutuskan untuk memberikan slot tersebut kepada Naib Juara Liga Super dan juga finalis Piala FA 2017, pasukan Pahang yang memiliki lesen Piala AFC.

Presiden FAM berharap agar Jawatankuasa Rayuan akan mempertimbangkan untuk meringankan hukuman ke atas Pahang.

TMJ turut melihat pasukan Pahang sebagai pasukan yang amat berpotensi dan hebat untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Piala AFC. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu menaikkan ranking Malaysia.

PBNP dalam kenyataan mereka berkata:

“Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang telah menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib pada hari ini, 21 Disember 2017.”

“PBNP terpaksa menerima keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.”

“Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang juga tidak akan sama sekali mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini kerana PBNP masih berpegang pada keyakinan bahawa PBNP tidak melakukan sebarang kesalahan.”

“Sekian terima kasih, Selamat Menyambut Tahun Baru 2018.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN